PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SESI DISEMBER 2015 - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SESI DISEMBER 2015 - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah


PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SESI DISEMBER 2015 - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah

Posted: 19 Nov 2015 09:18 AM PST

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SESI DISEMBER 2015

Posted: 19 Nov 2015 12:41 AM PST

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar baharu dan lama ( semester dua dan ke atas ) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang ingin memohon Pembiayaan Pendidikan PTPTN.

RAYUAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI JUN 2015

Posted: 19 Nov 2015 12:35 AM PST

Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2015 telah diumumkan pada 19 November 2015 ( Khamis ).

Tempoh rayuan : 19 November 2015 sehingga 03 Disember 2015

SUKAN KONVO PTSB ERATKAN JALINAN BERSAMA KOMUNITI - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah

Posted: 18 Nov 2015 09:32 AM PST

SUKAN KONVO PTSB ERATKAN JALINAN BERSAMA KOMUNITI - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah - Blog Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

politeknik tuanku sultanah bahiyah - peranan komanwel - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Posted: 18 Nov 2015 01:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Setiap kali menjelang penyertaan negara dalam temasya sukan besar seperti Sukan Olimpik, Komanwel, Asia dan Sukan SEA, perhatian pasti tertumpu kepada sasaran pungutan pingat kontinjen negara.

Pada temasya Sukan Komanwel ke-20 ini di Glasgow Scotland, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menetapkan sasaran tujuh pingat emas, jauh lebih rendah daripada pencapaian di New Delhi dengan 12 pingat emas pada tahun 2010.

Jumlah sasaran itu juga telah dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Majlis Sukan Negara (MSN) disifatkan sebagai realistik berdasarkan situasi semasa dan pengguguran beberapa acara kegemaran Malaysia oleh negara penganjur.

Namun, sesetengah pihak memandang sinis sasaran yang dibuat malah menyelar segelintir persatuan sukan atau atlet yang bertanding dan menganggap pemergian mereka sebagai 'buang masa', membazir peruntukan yang diberi dan ada juga yang dikatakan sekadar pergi untuk 'makan angin' di negara penganjur.

Malah, isu sasaran pingat ini juga mencetuskan perbahasan antara dua pihak yang pernah dan sedang menerajui MSN iaitu Datuk Wira Mazlan Ahmad bekas Ketua Pengarah MSN dan Datuk Seri Zolkples Embong, peneraju MSN sekarang.

Khairy menyifatkan isu sasaran pingat ini menjadi 'panas' berikutan pengumuman bukan dibuat oleh menteri sendiri tetapi oleh Ketua Kontinjen Datuk Ong Poh Eng, namun beliau tetap menegaskan bahawa sasaran itu realistik dan dibuat atas persetujuan bersama banyak pihak.

Ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Komanwel baru-baru ini, Khairy turut berkata segala persiapan atlet untuk ke temasya besar dilakukan bukan dalam masa terdekat sebaliknya bermula sejak awal lagi.
Selaras dengan peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan, program pembangunan atlet telah dilaksanakan dari atlet junior hingga kepada atlet senior, dan pemilihan atlet menyertai kejohanan besar adalah berdasarkan prestasi semasa mereka di samping pendedahan kepada atlet berpotensi mencari pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa.

Zolkples pula menyifatkan sasaran pingat sama ada oleh atlet mahupun persatuan haruslah realistik dengan kedudukan semasa serta keupayaan sendiri.

"Kalau tidak mampu buat apa hendak letakkan sasaran. Jangan sebab nak yakinkan mana-mana pihak, jadi letak sasaran yang tidak logik. Nak buat sasaran biar realistik dan kita sendiri pun tahu keadaan temasya kali ini yang banyak acara tidak dipertandingkan," katanya.

Beliau berkata:"Cuma kita hendak ingatkan setiap dari atlet yang bertanding di temasya Sukan Komanwel ini adalah mereka yang layak. Contohnya, ragbi, mereka layak ke Sukan Komanwel secara automotik berdasarkan prestasi cemerlang tahun ini.

"Temasya kali ini untuk ukur prestasi sekaligus memperbaiki kelemahan yang ada untuk temasya Sukan Asia pula," katanya sekaligus menafikan pemergian atlet bukan sekadar untuk 'makan angin'.

Selain itu, Zolkples berkata pengumuman mengenai sasaran pingat yang agak lewat dibuat adalah berikutan prestasi semasa atlet sebelum menyertai kejohanan besar.

"Seperti contoh, Datuk Lee Chong Wei yang kita sasarkan untuk mendapat pingat tapi akhirnya terpaksa menarik diri akibat kecederaan. MSN sentiasa memantau keadaan dan prestasi atlet sebab itu sasaran yang dibuat agak lewat kali ini," katanya yang menafikan dakwaan kononnya tidak yakin dengan pencapaian kontinjen negara pada Sukan Komanwel kali ini.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata semua persatuan sukan yang menghantar atlet mereka ke temasya sukan besar perlu mengemukakan sasaran mereka kepada Jawatankuasa Pemilihan dan bukan sekadar untuk menjadi 'pelancong'.

Selain itu, beliau berkata beberapa sukan lain yang mempunyai atlet berpotensi turut diberi peluang menghantar atlet mereka sebagai satu pendedahan tetapi dengan syarat mereka menunjukkan pencapaian terbaik ketika bertanding, bukan sekadar untuk memenuhi kuota semata-mata.

"Macam olahraga atau renang, mereka perlu melepasi had kelayakan tapi tidak ramai, maka tempat yang ada kita bagi pada sukan lain. Macam sukan judo, lama tidak menyertai pertandingan luar tapi atlet mereka mempunyai pencapaian yang baik, MOM bagi peluang kali ini," katanya.

Mengenai sukan yang disasarkan mendapat pingat, Sieh berkata MOM tidak menetapkan mana-mana sukan namun berdasarkan kepada persatuan dan atlet itu sendiri.

"Kita letak sasaran tujuh dan mungkin ada yang akan buat kejutan. Kita tidak tahu sebab pada ketika bertanding semangat atlet boleh jadi naik boleh jadi kurang, begitu juga konsentrasi. Macam contoh, menembak, peraturan sudah diubah sedikit dan ini bergantung kepada atlet itu untuk mengekalkan prestasinya," katanya.

Mengimbas prestasi sukan negara, Sieh berkata satu ketika dulu, Malaysia hanya menghantar atlet badminton semata-mata kerana sukan itu mampu menyumbang pingat kepada negara, namun selepas Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998, dengan pencapaian 10 pingat emas sekaligus dunia melihat taraf sukan di negara kita semakin meningkat.

Sementara itu, legenda basikal trek negara Rosman Alwi pula berkata setiap atlet yang bertanding perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal selain ada sasaran tinggi dan bukan sekadar mahu memperbaiki kedudukan mereka.

"Kalau tidak siap semua itu, bermakna atlet belum bersedia untuk pikul tugasannya. Kekuatan mental dan fizikal adalah senjata paling penting kepada persiapan diri seorang atlet, barulah keputusan yang lebih baik dapat dicapai," katanya menafikan penetapan sasaran boleh memberi tekanan kepada atlet. - BERNAMA

Sukan dilihat sebagai satu aset komesial yang berpotensi untuk berkembang dengan pesat bagi menjana ekonomi negara kita 

Dengan ini, Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan , pembangunan sains dan teknologi, pertanian , pendidikan dan sebagainya melalui Komanwel ini. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam komanwel umpamanya pemberian status GSP bagi barang Malaysia.Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berkerjasama dan berganding bahu supaya negara kita terus maju ke hadapan serta aman dan makmur.

Sukan dilihat sebagai satu aset komesial yang berpotensi untuk berkembang dengan pesat bagi menjana ekonomi negara kita 

Dengan keanggotaan dari 53 negara di seluruh dunia, dari setiap benua dan dengan 1.6 billion penduduk,negara-negara Komanwel percaya bahawa mereka boleh menunjukkan satu contoh yang konstruktif mengenai pendekatan multinasional yang penting bagi keamanan dan pembangunan dunia moden.Badan ini berasaskan perunding,perbincangan dan kerjasama.Hubungan ini menggalakkan dan meluaskan kesefahaman antara negara dan membekal pengaruh yang kuat demi keamanan. 

Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan , pembangunan sains dan teknologi, pertanian , pendidikan dan sebagainya melalui Komanwel ini. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam komanwel umpamanya pemberian status GSP bagi barang Malaysia.Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berkerjasama dan berganding bahu supaya negara kita terus maju ke hadapan serta aman dan makmur.

Dengan ini, kita juga perlulah menjaga adab sopan santun kepada negara yang lain supaya negara Malaysia dipandang dan disanjung tinggi. 




0 Comment for "PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SESI DISEMBER 2015 - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah"