PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis

PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis


PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis

Posted: 25 Apr 2014 11:43 PM PDT

PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK <b>...</b> - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis


PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2014 02:09 PM PDT

Assalamualaikum,  Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Tan Sri/Datuk/Dato' Sri/Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan Sekretariat Kebangsaan ASEAN-MALAYSIA,

Kementerian Luar Negeri sedang menganjurkan Pertandingan Seni Lukis Belia ASEAN yang bertemakan Hak Asasi Manusia. Pertandingan ini selaras dengan  hasrat Suruhanjaya Antara  Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights –AICHR) bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia serantau.

Pertandingan ini TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia berumur 18-25 tahun. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Mei 2014 (Jumaat). Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan ini,  sila kemukakan hasil karya bersama Borang Pendaftaran dan  Borang Pelepasan Hakcipta yang telah dilengkapkan beserta  salinan kad pengenalan kepada alamat berikut:

Kementerian Luar Negeri
No. 1 Jalan Wisma Putra
Presint 2, 62602 Putrajaya
(u.p :  Sekretariap Pertandingan AICHR
Unit AICHR
Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia
Tingkat 1, Wisma Putra 1)

Bersama-sama ini dilampirkan Borang Pendaftaran, Borang Pelepasan Hak Cipta dan  Risalah yang mengandungi syarat-syarat pertandingan (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) serta poster pertandingan untuk makluman dan tindakan selanjutnya.  Sebarang maklumat lanjut  berhubung perkara ini  boleh didapati dengan melayari www.aichr.org

POLY AGRO & POLY TALENT - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

Posted: 25 Apr 2014 01:24 PM PDT

POLY AGRO & POLY TALENT - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis


POLY AGRO & POLY TALENT

Posted: 25 Apr 2014 02:22 AM PDT

Untuk makluman semua Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dijemput dan terpilih bagi menngetengahkan branding politeknik "POLY AGRO" & "POLY TALENT.

Oleh itu, dijemput beramai-ramai ke Booth Politeknik Malaysia sempena Karnival Gempak ASTRO di Perkarangan Stadium Bukit Jalil pada 26-27 April 2014 jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

HARI PEKERJA PENJAWAT AWAM 2014

Posted: 24 Apr 2014 06:03 PM PDT

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menganjurkan sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 seperti berikut:

Tarikh                 : 1 Mei 2014 (Khamis)
Masa                   : 9.00 pagi
Tempat               : Dewan Wawasan, Jitra, Kedah
Amanat Oleh        : Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Sehubungan itu, adalah dimohon kerjasama daripada pihak Tuan/Puan untuk membantu pihak kami membuat hebahan berkaitan sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 tersebut untuk dipaparkan di Portal Rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi dan Media Sosial (Fb, Blog, Instagram). Bersama-sama ini dilampirkan poster bagi program yang berkaitan.

Kerjasama yang dihulurkan oleh pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih dan salam hormat.

0 Comment for "PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis"