POLITEKNIK MELAKA MERAIH ANUGERAH GANGSA DALAM UTM BRIDGE MODEL COMPETITION 2015 - Portal Rasmi Politeknik Melaka

POLITEKNIK MELAKA MERAIH ANUGERAH GANGSA DALAM UTM BRIDGE MODEL COMPETITION 2015 - Portal Rasmi Politeknik Melaka


POLITEKNIK MELAKA MERAIH ANUGERAH GANGSA DALAM UTM BRIDGE MODEL COMPETITION 2015 - Portal Rasmi Politeknik Melaka

Posted: 14 Apr 2015 01:18 AM PDT

POLITEKNIK MELAKA MERAIH ANUGERAH GANGSA DALAM UTM BRIDGE MODEL COMPETITION 2015 - Portal Rasmi Politeknik Melaka


POLITEKNIK MELAKA MERAIH ANUGERAH GANGSA DALAM UTM BRIDGE MODEL COMPETITION 2015

Posted: 14 Apr 2015 01:12 AM PDT

sumber: Rahim bin Ishak

SKUDAI, JOHOR, 8 April 2015 – Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka(PMK) telah menyertai pertandingan"UTM Bridge Model Competition 2015" yang diadakan pada 05 & 08 April 2015 di Dewan Sultan Iskandar,  Univertiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sebanyak dua(2) pasukan dari PMK iaitu PMK1 dan PMK2 telah menyertai pertandingan tersebut yang merangkumi UA,  IPTA & IPTS di seluruh Malaysia. Pasukan PMK1 telah meraih Anugerah Gangsa daripada 71 pasukan yang menyertai pertandingan ini.

Objektif utama pertandingan ini adalah untuk menggalakkan pelajar supaya dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah praktikal dan semangat bekerja dalam pasukan. Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini perlu membina model dalam tempoh selama 9 jam berdasarkan kepada spesifikasi yang ditetapkan. Model hendaklah dibuat daripada kayu balsa dengan keratan rentas (5mm x 5mm) dan (1.5mm x 100mm) seperti yang disediakan oleh pihak penganjur. Model jambatan dibina menggunakan konsep Conceive, Design, Implement & Operate(CDIO) berbanding konsep sebelumnya iaitu Design, Build & Test.

Selain daripada itu, setiap pasukan diminta untuk menyediakan poster untuk dipamerkan sepanjang pertandingan itu berlangsung. Peserta juga diminta membentangkan hasil model jambatan tersebut dengan bantuan multimedia.  Pengujian ke atas model jambatan dijalankan dengan beban sebanyak 5 kg dikenakan selama 30 saat.

Pasukan PMK1 terdiri daripada Fadzren Iqbal Bin Nazri, Hasan Bin Ismail, Tam Kai Loong dan Mohamad Hafiz Azfar BinAbdul Ghafar. Pasukan PMK2 pula terdiri daripada Muhammad Syukry Bin Sukardy, Mohd Zaimie Bin Mashuri, Afiqah Amirah Binti Abd Rahim, Muhammad Ishanizan Bin Ishak dan Fatin Syahirah Binti Ahmad.  Empat orang pensyarah fasilitator yang terdiri daripada Pn.Radziah Binti Abd Rahman, Pn Nurul Nadiah Binti Othman, Pn Jusmine Hanis Bin Abdullah dan En.Rahim Bin Ishak yang merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam.

Tahniah kepada setiap pasukan yang menyertai pertandingan tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada semua kakitangan Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan  Pelajar dan pihak Pengurusan PMK atas sokongan yang telah diberikan dalam pertandingan ini. Semoga dengan kejayaan ini dapat memberikan dorongan dan galakan kepada para pelajar untuk lebih berjaya untuk setiap pertandingan yang disertai di masa akan datang.

0 Comment for "POLITEKNIK MELAKA MERAIH ANUGERAH GANGSA DALAM UTM BRIDGE MODEL COMPETITION 2015 - Portal Rasmi Politeknik Melaka"