PSMZA Adakan Kempen Derma Darah Bantu Tabung Darah HSNZ ... - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

PSMZA Adakan Kempen Derma Darah Bantu Tabung Darah HSNZ ... - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


PSMZA Adakan Kempen Derma Darah Bantu Tabung Darah HSNZ ... - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Posted: 28 Aug 2015 02:05 PM PDT

<b>PSMZA</b> Adakan Kempen Derma Darah Bantu Tabung Darah HSNZ <b>...</b> - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


<b>PSMZA</b> Adakan Kempen Derma Darah Bantu Tabung Darah HSNZ <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2015 10:47 PM PDT

20780.jpg

DUNGUN Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini mengadakan kempen derma darah bagi membantu tabung darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Pegawai Perhubungan Awam PSMZA Zaharuddin Abdul Gani berkata kempen derma darah anjuran IM4U Jabatan Pendidikan Politeknik yang bertemakan Darah Satria itu melibatkan 200 orang yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan PSMZA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

Penganjuran program yang diadakan di PSMZA itu dikelolakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA dan mendapat sokongan dari HSNZ yang telah menghantar seramai 17 kakitangan bagi menjayakan program berkenaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zaharuddin berkata objektif program itu adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar khususnya tentang kepentingan menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan dan diharap ia menjadi amalan setiap masa. BERNAMA

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

0 Comment for "PSMZA Adakan Kempen Derma Darah Bantu Tabung Darah HSNZ ... - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin"