ICTVET 2015 - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah

ICTVET 2015 - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah


ICTVET 2015 - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah

Posted: 03 Sep 2015 09:15 AM PDT

ICTVET 2015

Posted: 03 Sep 2015 01:41 AM PDT

webBANNER ICTVET

EASY SCORE MUET SEMINAR WITH EXPERIENCED TUTOR

Posted: 03 Sep 2015 01:58 AM PDT

Seminar Easy Score MUET with Experienced Tutor akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 05 September 2015 ( Sabtu )

Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang

Tempat : Dewan Kuliah Utama, PTSB

CIE TVET 2015

Posted: 03 Sep 2015 01:47 AM PDT

Persidangan Pendidikan ( Penyelidikan dan Inovasi ) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasiaonal Kali ke-5 ( CiE-TVET ) akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 01 - 02 Disember 2015

peranan komanwel: politeknik tuanku sultanah bahiyah - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Posted: 03 Sep 2015 02:11 AM PDT





KOMANWEL 

Bendera Komanwel

Bendera Negara Komanwel

SEJARAH PENUBUHAN 

Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan Negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain.

Syarat-syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah Negara merdeka, persamaan taraf dan taat setia kepada Raja Britain. Pertubuhan ini dianggotai oleh 49 buah Negara termasuk Malaysia.

PENGENALAN 

Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).

Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

INFO

Sukan Komanwel XVI 1998 merupakan Sukan Komanwel telah diadakan di Kuala LumpurMalaysia dari 11 hingga 21 September1998 yang merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan Sukan Komanwel terakhir untuk abad ke-20. Satu rekod 70 negara (34 daripanya memperoleh pingat) membekalkan 3638 atlet.  

TUJUAN PENUBUHAN KOMANWEL


  • Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota.
  • Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.
  • Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota.
  • Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain.
  • Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota.
  • Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel.



PERANAN KOMANWEL 


  • Menangani isu-isu ketidakadilan perdagangan dunia,penjajahan politik dan ekonomi serta masalah Apartheid.
  • Menubuhkan tabung antarabangsa untuk pemuliharaan alam sekitar.
  • Menguruskan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun
  • Mengurankan pencemaran laut.
  • Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon

ANGGOTA KOMANWEL :-

EROPAH


AMERIKA UTARA

AMERIKA SELATAN

AFRIKA

ASIA

AUSTRALIA & OCEANIA

AHLI YANG DIGANTUNG

  • Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 - 2001, digantung semula September 2009)

BEKAS AHLI

  • Ireland meninggalkan Komanwel pada 1949
  • Newfoundland dijadikan wilayah di Kanada pada 1949
  • Zimbabwe meninggalkan Komanwel pada 2003
  • Gambia meninggalkan Komanwel pada Oktober 2013

PENGAJARAN

Dengan ini, Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan , pembangunan sains dan teknologi, pertanian , pendidikan dan sebagainya melalui Komanwel ini. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam komanwel umpamanya pemberian status GSP bagi barang Malaysia.Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berkerjasama dan berganding bahu supaya negara kita terus maju ke hadapan serta aman dan makmur.



PENGHARGAAN

Terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah Pengajian Malaysia iaitu Cik Nurul Asma Binti Effendi kerana telah memberikan kami tugasan yang bertajuk 'PERANAN KOMANWEL' bagi sesi Jun 2015



KESIMPULAN

 Dengan keanggotaan dari 53 negara di seluruh dunia, dari setiap benua dan dengan 1.6 billion penduduk,negara-negara Komanwel percaya bahawa mereka boleh menunjukkan satu contoh yang konstruktif mengenai pendekatan multinasional yang penting bagi keamanan dan pembangunan dunia moden.Badan ini berasaskan perunding,perbincangan dan kerjasama.Hubungan ini menggalakkan dan meluaskan kesefahaman antara negara dan membekal pengaruh yang kuat demi keamanan.

RUJUKAN

  • https://www.youtube.com/watch?v=68o9hwC8M44
  • http://pengajianmalaysiapms13.blogspot.com/
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Komanwel
  • http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/237-komenwel/1078-komenwel.html
  • http://www.google.com.my/imgres?imgurl=https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-govXO3Pn32CpKPxZZv2o8pi79y-UdbH2li8ATyDaPXcekEGMOSEUvs9bOckUC8OmKj2Wgxhz581KhBlFCpy-1x3hm74TYJBQ9lzp7XVA6RkjmkEACmTFNwwP0wQscwzd5O0egvE79ks/s1600/bendera%252Bkomanwel.gif&imgrefurl=http://semekarcintaku.blogspot.com/2012/09/komanwel.html&h=260&w=516&tbnid=0gRpM4RmH44h3M:&docid=DYoln82V10szyM&hl=en&ei=fT7eVfapBoyfugTI84a4Dw&tbm=isch&ved=0CB0QMygDMANqFQoTCLbcgejmx8cCFYyPjgodyLkB9w





0 Comment for "ICTVET 2015 - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah"