MAJLIS - Blog Politeknik Muadzam Shah - Blog Politeknik : Politeknik Muadzam Shah

MAJLIS - Blog Politeknik Muadzam Shah - Blog Politeknik : Politeknik Muadzam Shah


MAJLIS - Blog Politeknik Muadzam Shah - Blog Politeknik : Politeknik Muadzam Shah

Posted: 26 Dec 2015 09:47 AM PST

MAJLIS - Blog <b>Politeknik Muadzam Shah</b> - Blog Politeknik : Politeknik Muadzam Shah


MAJLIS - Blog <b>Politeknik Muadzam Shah</b> - Blog Politeknik

Posted: 15 Dec 2015 10:25 AM PST

bismillahirrahmanirrahim.. ASSALAMUALAIKUM!!?" :D
hyeeeee~ apa khabar semua?'' hi3 hope baik2 okeyh,, lme tak usik blog ni,, dah menjadi fosil pn dia~ hhahahha,, okeyh,, tepi ckit,, fuhh' fuhh'' fuhhh'' berhabuk! huk3,, haaaaaaa~ nmpak?' hi3,,
okeyh laaaa,, n sebelom tu,, sy nk ucapkn selamat berpuasa SEMUA!!' hi3,,
okay okay okay okay OKAY'' pms... premenstrual syndrome~ ...eh!' bukan bukan bukan!!!" bukan pms y syndrome pmpuan tu~ hahhaha,, pms ni y politeknik tu,, hahaaha.. okay.. so kenapa ngan politeknik ni???' nape? nape? nape? napeeeeeee?' nk citer laaaaa ni.,, huuu~

KENAPA NGAN POLITEKNIK MUADZAM SHAH(PMS) ni?'
nape nan politeknik ni?,, haaaaaaa.. korang nak tau ker tak,, sini laaa aq blajar skg,, heeeeee..
poli ni pun pilih laaaaa short form lain xleh ker?'' hihu,, bia lah,, syg poli.. ehem'' okeyh okay OKAY''
so poli ni tempat aq blaja laaa,, baru seminggu duk sini baru habis minggu suai kenal,, esok(isnin) baru start class,, heeee,, erm.. lagiiii?,, ni sedikit mengenai latar belakang PMS ni,, POLITEKNIK MUADZAM SHAH(PMS) telah memulakan operasinya pada 1 ogos 2003 dan merupakan politeknik y ke 19 kementrian pengajian tinggi MALAYSIA(kpt). pada mulanya politeknik ni memulakn operasi nya di sekolah menengah teknik muadzam shah jer,, smpai lah skg besooooo gedabak.. cam kat bawah ni..                                                                                            

bangunan tepi tasik tu masjid atau pn pusat islam(P.I)
poli dpda atas sumber gugel hewhewhew~
ni trek balapan,, ada lagi y lain tp ni jer dpt gugel,, heeehuuuu~
okayh,, buat mase skg ni tak ada apa sangat,, cuma rasa xcited jer nk mula blaja kn,, hi3,, kwn2 tu ada lah 2 3 4 5 6 7 8 9 10  orang,, kan baru kenal,, tak ramai sangat,, walau pn mse orientasi tu(sesi jun 2015) tak laaa ramai cam uitm smpai tiga ribu pelajar baharu y d orientasikan,, namun angka 750 tuh bukan sedikit nak knal semua dlm mse seminggu  hehuuu.. tapi abg2 n kakak2 fasi kata,, kitorang batch y paling ramai poli buat pengambilan.. waaaah~ pastu kitorang batch y paling sporting!" waaahhhh~ paling ramai y handsome2 dan cantik~ wahhhh~ paling sado' wahhh~ paling genius" wahhhh~ wwwaaaaaahhhh~ wwaaaahhhhh~ huuuuwwwwaaaahhhhh?' 

tipu jer,, hahahaha,, abg2 n akak2 fasi tu saje jer  nak up2 kan kitorang kembang2 hidung bg bangga,, cheh,, hahhahaha.. tp abg2 fasi n kakak2 fasi memg baik2 semua nya,, best lah diorang handle minggu suai kenal ni walau pun penat,, tak cukup tido semua,, tp best lahhh,, happening,, nti nk share laaaa jgak pasal minggu suai kenal(msk) tu,, hahahah,, harap2 ada laaa masa kn? hi3.. okeyh laaaa pen off dlu.. harap smpai laaaaa hajat nk posting lg pada masa akan datang hi3,, doa2 lah,, okeyh ini saja~ bye3~ salam~ :D 

Edisi Terkini! <b>Politeknik Muadzam Shah</b> di Sinar Harian - Kemahiran

Posted: 26 Oct 2015 09:31 AM PDT

Suriyati (dua, kanan) diiringi Nazatul dan pelajar semester 5 Diploma Pengurusan Pelancongan, PMS selepas selesai pertunjukan fesyen yang mereka anjurkan.

Politeknik Muadzam Shah. Pendidikan tentang pengurusan majlis atau program bukan suatu pengetahuan yang biasa sebaliknya menjadi satu kelebihan atau bonus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) apabila memasuki alam pekerjaan.


Sebahagian pelajar kebiasaannya lebih fokus kepada pengajian mereka semata dan tidak mengambil berat tentang aktiviti sebegini yang akhirnya menjadikan pengalaman pembelajaran di IPT itu tidak diperoleh sepenuhnya.

Pensyarah, Suriyati Tajrud-din berkata, objektif penganjuran program secara kasarnya telah tercapai apabila pelajar yang terdiri daripada 34 orang itu berjaya menguruskan dari awal hingga selesai tanpa penglibatan tenaga pengajar.

"Apa yang diterapkan dan ditekan melalui penganjuran program ini ialah bukan saiz program atau majlis yang menjadi ukuran sebaliknya bagaimana cara ia diuruskan. Jika majlis atau program itu bersaiz besar maka ia merupakan bonus.

"Kejayaan penganjuran juga dipengaruhi kerjasama antara komiti yang selalunya menjadi cabaran besar kepada mereka. Jika semua memainkan peranan sebaik mungkin, ia akan berjaya seperti yang kita lihat pada hari ini," katanya ketika ditemui pada Majlis The Fashion Show – Muslimah Climb Up The Ladder anjuran pelajar semester 5 Diploma Pengurusan Pelancongan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Muadzam Shah (PMS) dengan kerjasama Nuril Anwar, SA Design Enterprise, Nor As Jaya Trading, PISB Porcelain Inn Sdn Bhd, FIY Balqis Collection serta Lovely Jey.

Menurutnya, pujian juga harus diberikan kepada pelajar yang terlibat kerana berjaya mendapatkan tajaan daripada beberapa usahawan dan syarikat sekitar Muadzam Shah.

Sementara itu, Pengarah Program, Nazatul Syazlin Nazri, 20, yang ditemui tidak menafikan kerjasama antara komiti merupakan cabaran terbesar untuk menjayakan majlis peragaan fesyen berkenaan.

"Ini kali pertama saya dilantik sebagai pengarah program dan ia cabaran yang besar apabila ia melibatkan komitmen komiti yang terlibat tetapi saya bersyukur sebab semua memberikan kerjasama serta masing-masing memainkan peranan.

"Majlis fashion show ini pula kali pertama diadakan sebab sebelum ini kebanyakan program lebih kepada karnival pelancongan dan sebagainya. Secara tidak langsung hari ini (semalam) kami telah melalui sendiri pengalaman menganjur fashion show," katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau sebenarnya berasal dari Keningau, Sabah dan kini menabur bakti di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

0 Comment for "MAJLIS - Blog Politeknik Muadzam Shah - Blog Politeknik : Politeknik Muadzam Shah"