DKM1A Jun 2013: Rumah Baru - Blog Politeknik Ungku Omar - Politeknik Ungku Omar

DKM1A Jun 2013: Rumah Baru - Blog Politeknik Ungku Omar - Politeknik Ungku Omar


DKM1A Jun 2013: Rumah Baru - Blog Politeknik Ungku Omar - Politeknik Ungku Omar

Posted: 16 Dec 2013 09:35 AM PST

DKM1A Jun 2013: Rumah Baru - Blog <b>Politeknik Ungku Omar</b> - Politeknik Ungku Omar


DKM1A Jun 2013: Rumah Baru - Blog <b>Politeknik Ungku Omar</b>

Posted: 08 Dec 2013 09:25 AM PST


Politeknik Ungku Omar yang terletak di Jalan Raja Musa Mahadi (dahulunya dikenali sebagai Jalan Diary), Ipoh ,negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1969. Politeknik ini telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada Program Pembangunan PBB (UNDP). Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato' Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan.
Penekanan dan bidang pelajaran politeknik ini bercorak sains dan teknologi. Politeknik Ungku Omar ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO dan ini bertujuan untuk melatih tenaga pekerja separa profesional dan golongan pengurusan bawahan bagi menampung keperluan pembangunan negara. UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan PUO di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik bermula beroperasi dengan menumpang di Pusat Latihan Harian, Ipoh dengan 300 orang penuntut.Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri daripada 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.

SEJARAH 

Kampus Politeknik Ungku Omar terletak di kawasan Ampang, Ipoh. Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah dari Pusat Latihan Harian ke kampus kekalnya dan telah dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada masa itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein.
Kampus ini kini dikenali sebagai Kampus A setelah politeknik mengambil alih bekas kampus Maktab Perguruan Kinta dan dinamakan Kampus B pada 1990. Pada peringkat awal penubuhan, politeknik ini mempunyai empat jabatan pengajian iaitu Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan Perdagangan. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dengan bantuan teknikal dan rundingan daripada JICA. Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am. Kini, Politeknik Ungku Omar mempunyai tujuh jabatan akademik.

VISI

Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015.

MISI

Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.

MOTTO

Kekuatan Dan Keamanan Melalui Teknologi


Asrama <b>Politeknik Ungku Omar</b>: Minggu Suaikenal Kamsis(MSK)

Posted: 10 Dec 2013 12:05 AM PST

Minggu Suaikenal Kamsis(MSK) Sesi Disember 2013

Tarikh : 25-28 November 2013

Tempat : Kamsis PUO

*Hari pendaftaran : 23 November 2013

*****

Gelagat para pelajar pada hari pendaftaran baru-baru iniJ












Asrama <b>Politeknik Ungku Omar</b>: MSK Sesi Disember 2013

Posted: 10 Dec 2013 12:47 AM PST

Antara aktiviti yang dijalankan ketika MSK baru-baru ini

adalah latihan dalam kumpulan(2 sesi),

persembahan trademark mengikut aras dan blok,

majlis bersama ketua warden & pengurus asrama,

dan akhir sekali majlis penutup MSK .














Terima Kasih kepada semua yang terlibat

 secara langsung atau pun tidak langsung sepanjang MSK ini.

Tidak lupa juga kepada para pelajar Kamsis Sesi Disember 2013

yang telah memberikan kerjasama sepanjang MSK berlangsung.

Jika ada kekurangan pada MSK kali ini,

kami memohon maaf atas segala kelemahan tersebut.

InsyaAllah,kami akan memperbaikinya untuk masa yang akan datang.


Admin :

Biro Multimedia & Inovasi

JPK Sesi Disember 2013

Blog <b>Politeknik Ungku Omar</b>: NuR aMaLiNa IsMaiL: Kehidupan Di <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 09:27 AM PST

Assalammualaikum Semua...

Harap2 Anda Semua Bertenang Dulu Ye,Jangan Marah2 Tau...

Disini Saya Ambil Kesempatan Sempena Aidilfitri Ini Ingin"Memohon Kemaafan Sekiranya Terdapat Salah Dan Silap Sepanjangkan  Pembabitan Saya Sbgai Blogger,Saya Juga Insan Biasa Yang Mempunyai Kelemahan,Mungkin Saya Sudah Terlalu Lama Tidak Mengupadate Blog Disbbkan Masalah Yang Tidak Dapat Diatasi,Insyaallah Entri Yang Byk2 Coming Soon Ye"....Wah2,ayat kome...hehehe...Entri Sini Juga Tak Lari Drpd Tajuk Utama Ye..Dah Dekat 2Bulan,Saya Melanjutkan Pelajaran Dkt Cni...Dn Dah 2Bulan 3Hari Saya Meninggalkan Aktiviti Mengupdate2 Blog Ni...Dah Berhabok Sgt2 Ni,Sampai Kabur Dri Pandangan Namun Dekat D'Hati...Hahaha...

Alhamdulillah,Sepanjangkan Saya Melanjutkan Pelajaran Dkt Cni Saya Dapat 1 Pengalaman Yang Baru Pelbagai Dugaan,Dan Cabaran Yang Mencabar Sgt....Kot...Hehehe...

Mungkin Ada Diantara Kita Yang Teringin Melanjutkan Pelajaran D'tmpt2 Yg Jauh Drpd Family,Kn Kn...Tapi Saya  Pun Dikira Begitu Jugak,Tpi Lepas 2 Hari Tarikh Pendaftaran....Dah Mula Drama2 Sedih,Menangis Dlm Bilik,Dlm Bilik Air,Time Mkn,Time Tdo....Nasib Baik,Dpt Tinggal Dkt Kamsis,Jadi Lebih Senang Ke Kampus...1 Bilik Ad 2 Org,So Benda Ni Pun Mencabar Saya Jugak...Suasana Yg Asing Bagi Diri Saya,Pulak Tu Ddk Bilik Dgn Org Yg Tak Kenal...Hmmm...Mmg Tak Terkata,Membisu Je Laa....Saya Pun Terpaksa Berpisah Dgn Kembo Saya Demi Pelajaran,Asyik Ingat Dia Je...Dia Adalah Sebahagian Saya,Dan Saya Sebahagian Dia....Then,Time Subuh2 Tu Nk Mandi,Time Tu Jugak Air Mata Berlinangan...Sob..Sob...Sob...Sampai Merah2 Mata,Time Tu Jugak Nk Menagis2+Air Sejuk Pulak Tu,Almaklum Laa Subuh2 Kn...First Berjauhan Dgn Family,Mmg Sedih Sesangat-Sangat...Mmg Asyik SMS Je Dgn Mak,Tak Pun Dgn Kembo...Lagi Satu,Group Sesi JUN 2013 Ni,D'katakn SemuaNya Pandai2 Belaka.,5A ke atas....Saya Dpt 3A Je,Maybe Rezeki Saya,Utk Belajar Dkt PUO...Kos Saya Diploma Retail Management,Tp Jgn Ingat Belajar Ni Sbb Nk Bukak Kedai Runcit Mcm Kedai Mak Jemah Ke,Kedai Kelas!!Kau Maria Ea...1 Kelas 37 Org,SemuaNya Dtg Dri Timur-Selatan....Seronok dpt Berkenalan Dgn Sahabat2 Baru...Tp Sorg Pun Tak Ad Yg Dri Putrajaya,Sedihnya...Dah Tu,Cuti Raya Seminggu,bertambah Byk Lagi Kisah2 Yg Menarik Hasil Penerbitan Saya...Jadi Kena Tunggu Tau...

P/S:"SeLaMaT HaRi RaYa MaaF ZaHiR BaTiN,Mkn Lemang Tu Jgn Byk2 Tau,Hulur2 Ckit Dkt Cni....

Rekabentuk Aerodinamik Kelainan FACE 2013 Ciptaan Pelajar <b>PUO</b>

Posted: 08 Dec 2013 10:42 PM PST

mmexport1386568333277

Hasil gabungan idea kakitangan dan pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) dekat Ipoh, model FACE 'Inspire The Nation' berjaya dihasilkan dengan mengubahsuai sebuah kereta model Perodua Myvi menjadi sebuah kereta yang mampu menjimatkan penggunaan minyak.

PERAK TODAY 6

Rajiv Raja Ratnam

Menurut salah seorang peserta Perodua Eco Challenge 2013, Rajiv Raja Ratnam, kelebihan FACE 2013 terletak pada reka bentuknya yang lebih aerodinamik menjadikannya lebih ringan serta sesuai digunakan untuk kelajuan yang tinggi.

"Kereta ini lebih ringan dan stabil kerana konsep aerodinamik telah diaplikasikan pada model FACE 2013 ini," katanya kepada Peraktoday.com.

Ujarnya lagi, kereta ini juga mampu menjimatkan penggunaan minyak dan reka bentuk luar dalam kenderaan tersebut juga telah mengambil kira pelbagai aspek.

Rajiv sudah pastinya meletakkan harapan agar FACE 2013 mampu menjadi juara kerana kemampuannya yang menjimatkan minyak serta reka bentuknya tersendiri, sekaligus mampu menarik minat pembeli di pasaran sebenar kelak.

Sementara itu, peserta lain, Muhammad Rejab Hassim, berkata bantuan daripada para pensyarah banyak membantu pasukannya untuk mendapatkan idea dan menghasilkan reka bentuk luar dan dalaman kenderaan tersebut.

"Reka bentuknya yang aerodinamik menjadikan FACE 2013 sebuah kenderaan yang berbeza," katanya.

Jelasnya lagi, kekangan masa merupakan antara cabaran utama yang dihadapinya dalam tempoh tiga bulan lalu kerana terpaksa bertungkus-lumus untuk menyiapkan model FACE 2013.

PERAK TODAY 5

Muhammad Rejab Hassim

"Saya perlu pandai bahagikan masa kerana kerja menyiapkan projek ini dilakukan selepas waktu kuliah dan cuti semester juga terpaksa kami korbankan untuk menghasilkan FACE 2013," katanya.

Jelasnya lagi, untuk menjimatkan penggunaan minyak, elemen perjalanan enjin, angin dan kesemua komponen kereta perlu diambil perhatian dan segala aspek itu cukup dititikberatkan pasukannya.

"Saya harap reka bentuk FACE 2013 ini mendapat sambutan dan jika menang tahun ini, ianya adalah satu bonus bagi kami semua," katanya lagi.

Manakala menurut Muhamad Khusairi Mohamad Yazid pula, FACE 2013 kali ini berbeza dengan ciptaan tahun sebelumnya kerana reka bentuknya yang bertemakan 'city car' yang lebih mesra pengguna.

"Sebelum ini, kita hanya cipta kereta khusus untuk pertandingan tapi kali ini ianya juga menitikberatkan soal pemasaran sekaligus menjadikan ciptaan ini lebih lengkap dari sudut luar dan dalam kereta.

"Kita lakukan pengubahsuaian Perodua Myvi secara menyeluruh seperti pengubahsuaian pintu kereta ini daripada empat kepada dua pintu," katanya lagi.

PERAK TODAY 7

Muhamad Khusairi Mohamad Yazid

Jelas Khusairi lagi, memandangkan ini merupakan projek tahun akhirnya, beliau perlu bijak membahagikan masa secara seimbang.

Khusairi berharap agar pasukannya boleh mengekalkan kejuaraan buat tahun ini lagi kerana pasukan PUO telah memberikan yang terbaik dan menghasilkan model FACE secara lengkap dengan elemen yang diinginkan pihak penganjur.

Pasukan FACE 2013 kali ini terdiri daripada gabungan pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal Automotif dan Perdagangan yang bergabung tenaga dan idea untuk merebut juara Perodua Eco Challenge 2013 yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam, 15 Disember ini.

FACE

<b>PUO</b> Pertaruh &#39;FACE 2013′ Dalam Saingan Perodua Eco <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2013 09:48 PM PST

PERAK TODAY 2

Politeknik Ungku Omar (PUO) sekali lagi terpilih menyertai Perodua Eco Challenge 2013 anjuran Perodua yang sudah masuk tahun kelima penganjurannya.

'FACE' iaitu singkatan Fashionably, Aerodynamic, Creative, Engineering 2013' merupakan gabungan idea rekaan pelajar daripada politeknik premier itu yang merupakan satu-satunya daripada 34 politeknik di seluruh negara yang menyertai pertandingan tahun ini.

Menurut pengarahnya, Datuk Md Nor Yusof, POU telah berjaya menjadi juara keseluruhan selama tiga tahun berturut-turut, sekaligus menjadikan cabaran lebih besar buat peserta untuk mempertahankan kejuaraan tersebut pada tahun ini.

Katanya, pelbagai usaha terus dipertingkatkan dan semua pelajar dan kakitangan PUO telah memberi kerjasama yang cukup baik untuk mempertandingkan FACE 2013 di Stadium Shah Alam, hujung minggu ini.

"Kita telah memasuki fasa yang terakhir dan bakal menguji kemampuan  FACE dalam pertandingan dan pasaran," katanya.

Ujarnya, pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan untuk mencapai prestasi yang diinginkan oleh Perodua bagi pertandingan kali ini.

Manakala menurut Pengurus projek, Fakhrul Razi Jamaluddin, seramai 15 pelajar daripada dua bidang pegajian iaitu kejuruteraan Mekanikal Automotif dan Perdagangan yang terdiri daripada lapan pelajar tahun akhir terlibat dalam penghasilan FACE 2013.FACE

"Untuk pertandingan kali ini, pihak Perodua telah membekalkan komponen baru dan meminta peserta memasarkan produk tersebut dalam pasaran selain menjadikan kereta itu lebih menjimatkan minyak," katanya.

Ujarnya lagi, penghasilan FACE 2013 telah memakan masa selama tiga bulan dan para pelajar menghabiskan masa selama empat jam setiap malam selepas sesi kuliah termasuklah hari Sabtu dan Ahad untuk menyiapkan projek tersebut.

"Tahun ini adalah lebih mencabar kerana penciptaan FACE 2013 memerlukan pengubahsuaian sebuah Perodua Myvi secara keseluruhannya dan yang paling utama ianya mementingkan elemen penjimatan minyak," katanya.

Daripada sudut penjualan dan pemasaran penyelarasnya, Shamsuri Abdullah berkata, FACE 2013 mempunyai keseluruhan pakej tersendiri serta sasarannya pula adalah untuk golongan berkeluarga, pekerja kerajaan dan juga belia 1Malaysia.

Ujarnya lagi, semangat kerjasama yang sangat baik dan kombinasi bakat yang terserlah antara kelebihan yang dikenalpasti pada pertandingan tahun ini.

"FACE 2013 disasarkan dijual pada harga RM80,000 seunit untuk keseluruhan pakej yang disediakan," katanya.

Sementara itu, sembilan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) turut bertanding sama merebut kejuaraan tahun ini antaranya Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknikal Malaysia (UTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Pihak pengurusan Perodua bagi tahun ini juga telah meningkatkan nilai hadiah keseluruhan kepada RM127,000 berbanding RM103,000 bagi tahun lepas.

Cabaran yang memasuki tahun kelima ini bertujuan untuk menguji pelajar dari institusi pengajian tinggi yang terpilih mengenai pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang kejuruteraan automotif dan pemasaran.

PERAK TODAY 1

0 Comment for "DKM1A Jun 2013: Rumah Baru - Blog Politeknik Ungku Omar - Politeknik Ungku Omar"