Pelajar Politeknik Dungun ditemui lemas - The Borneo Post Online - Politeknik Malaysia

Pelajar <b>Politeknik</b> Dungun ditemui lemas - The Borneo Post Online - Politeknik Malaysia


Pelajar <b>Politeknik</b> Dungun ditemui lemas - The Borneo Post Online

Posted: 14 Dec 2013 02:21 PM PST

DUNGUN: Seorang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang hilang di laut semasa mandi di Pantai Teluk Bidara di sini kelmarin ditemui lemas pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mayat Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor dijumpai kira-kira jam 7.50 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya sejak kelmarin.

Beliau berkata mayat pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Automotif itu ditemui terdampar kira-kira 40 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Kelmarin mangsa bersama 12 rakannya yang lain pergi ke pantai itu untuk mandi-manda apabila seorang daripada mereka Ahmad Syukri Eiman Romainor, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur turut menemui ajal akibat lemas.

"Selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam tempoh kurang daripada 24 jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa yang terdampar berhampiran batu di pantai berkenaan.

"Terdapat kecederaan pada kepala Mohd Hanif. Mayatnya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama. — Bernama

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

5 Gambar detik-detik pelajar <b>politeknik</b> lemas ditemui <b>di</b> Pantai <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2013 07:11 PM PST

http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/12/gambar-mayat-remaja-lemas-ditemui.html


Mayat remaja 18 tahun, Mohd Hanif Jainuri dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor telah berjaya ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba Dungun, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta polis pada pagi tadi di Pantai Teluk Bidara.

Sebelum ini, 13 orang pelajar tahun dua Diploma Kejuruteraan Automotif, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dilaporkan pergi ke pantai berkenaan untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Namun percutian mereka bertukar tragedi apabila dua rakan mereka lemas.

Ketua Polis Daerah Dungun Ahmad Zailani Yaacub berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang hilang sebelum ini mengalami sedikit kesukaran ekoran ombak kuat setinggi hampir dua meter.

Al-fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa.


0 Comment for "Pelajar Politeknik Dungun ditemui lemas - The Borneo Post Online - Politeknik Malaysia"