Pencuci serba guna raih Anugerah Khas Pengarah Politeknik ... - Politeknik Merlimau

Pencuci serba guna raih Anugerah Khas Pengarah Politeknik ... - Politeknik Merlimau


Pencuci serba guna raih Anugerah Khas Pengarah Politeknik ... - Politeknik Merlimau

Posted: 13 Dec 2013 03:24 PM PST

Pencuci serba guna raih Anugerah Khas Pengarah <b>Politeknik</b> <b>...</b> - Politeknik Merlimau


Pencuci serba guna raih Anugerah Khas Pengarah <b>Politeknik</b> <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

Dayang Kamariah Tajul Maulok (tengah) bersama kumpulan di bawah seliaannya yang berjaya merangkul Anugerah Khas Pengarah menerusi ciptaan produk pencuci pelbagai guna dalam Pertandingan Perkaya Inovasi PMM di Jasin, Melaka, baru-baru ini.

JASIN 22 Okt. - Produk inovasi pencuci pelbagai guna yang dihasilkan sekumpulan pelajar telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Pengarah dalam Pertandingan Perkaya Inovasi Politeknik Merlimau Melaka (PMM) kali ke-7 di sini baru-baru ini.

Mereka ialah Noor Syazmirah Adnan, Nur Izzaty Ismail dan Nursyuhaida Halim yang merupakan pelajar semester akhir Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti itu.

Mereka berjaya menewaskan 10 pasukan lain bagi kedua-dua kategori teknikal dan sains sosial.

Produk cecair pembersih yang meraih pingat emas ciptaan kumpulan yang berjaya menarik perhatian juri itu turut menerima anugerah inovasi kategori sains sosial.

Ahli kumpulannya, Noor Syazmirah, 23, berkata, produk itu dihasilkan daripada sisa kulit limau dan kulit nenas, yang sering dibuang dalam penyediaan makanan, sekali gus memberi idea kepada mereka mencipta cecair pembersih tersebut.

Menurutnya, dalam tempoh tiga bulan mereka berjaya menghasilkan produk itu hasil kerjasama dan gandingan idea termasuk membuat kajian dan tidak menyangka bahan buangan seperti kulit buah-buahan itu mampu bertindak sebagai ejen pembersih, selain isinya digunakan dalam masakan.

"Selama ini tidak pernah terfikir bahan buangan terbabit bukan sahaja boleh menjadi alat pembersih, malah lebih penting tidak menggunakan sebarang bahan kimia serta menghasilkan asid sufrik yang rendah iaitu 2.67 pH.

"Dengan menggunakan kulit limau dan kulit nenas yang dicampurkan dengan gula perang, kumpulan ini berjaya menghasilkan cecair pembersihan yang sesuai digunakan dalam kehidupan seharian serta selamat tanpa bahan kimia," katanya.

Noor Syazmirah berkata, produk yang diberi nama Multipurpose Detergent itu membuktikan kulit buah-buahan juga mampu memberi manfaat, secara tidak langsung mereka menyahut saranan kerajaan negeri, sebagai bandar teknologi hijau.

Sementara itu, penyelia kumpulan, Dayang Kamariah Tajul Maulok berkata, produk inovasi yang dihasilkan itu merupakan 100 peratus idea daripada pelajar-pelajar berkenaan bagi menyiapkan projek semester akhir mereka.

Katanya, produk berkenaan masih belum pernah dihasilkan oleh mana-mana pelajar, sekali gus membuktikan kemampuan jabatan itu dalam melahirkan idea-idea baharu yang berfikiran kreatif dan kritis.

Acap Giga&#39;s Story: <b>Politeknik merlimau</b>

Posted: 30 Nov 2013 04:00 AM PST

Hai dan assalamualaikum :')
Cerita baruu. Aku masuk politeknik. Politeknik Merlimau Melaka . Jurusan Kejuruteraan Elektrik . now hari yg ke3. Ha kat sini not bad. Bangun pagi pkul 4. Pahtu pi kuliah subuhh. Waahh. Takda hal sbnarnya. Cuma, bila time balik bilik mesti pukul 2 . Mcm !@#$%^&*()_ ahh. Dah 3 hari aku tidur 2 jam je. Sumpahh ngantok gila gila gila babbi. Takda masa langsung nak tidur . Klau tidur dlm dewan, ada la photograper amik gmbar hang yg tgh tidok tu.  Ermmm. Aku dah kena skali. Cb. Redhoo jelah. Haiyaak. Roomate aku baik , tak isap rokok , and okey la senang cite . die kos mekanikal , aku pulak elektrik . tak sama kos -,- . Taapiii , die nak pindah dah . lol . die dapat Uitm melaka , so die pun pegi lah . hmm . dah ada kwn yg 1kepala, die pindah pulak :( takpelah . redhoo je . Harap nanti ada kawan yg 1 kepala jugak . Dekat sini aku dah niat " Nak dpt kawan baru , pengalaman baru and belajar supaya dpt kerja yg baik suatu hari nanti :') " aku belajar , dah kerja , kalau ada rezeki boleh lamar Nurma Fatihah :') hihi . Bersar betul cita2 aku . 3-5 tahun lg . Aku perlu bersabar xD k, dekat sini, Aku dah tanak main2 mcm kat skolah dulu . Now masa aku nak fokus belajar dapatkan pointer 3.5 ke atas sbb nak sambung Degree . Tapi awat tinggi sgt 3.5 tu? -,- takpe2. Aku cuba , kalau ada rezeki adalah :') itu saja ceritanyaa . Kalau ada masa cerita lagi :) Doakan saya berjaya . Amin . and thanks . Assalamualaikum .

0 Comment for "Pencuci serba guna raih Anugerah Khas Pengarah Politeknik ... - Politeknik Merlimau"