Sekolah rosak akibat banjir dibaik pulih | The Malaysian Times - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Sekolah rosak akibat banjir dibaik pulih | The Malaysian Times - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah


Sekolah rosak akibat banjir dibaik pulih | The Malaysian Times - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Posted: 13 Dec 2013 09:18 PM PST

Sekolah rosak akibat banjir dibaik pulih | The Malaysian Times - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah


Sekolah rosak akibat banjir dibaik pulih | The Malaysian Times

Posted: 10 Dec 2013 01:51 AM PST

24

KUANTAN, 10 Dis: Semua sekolah yang mengalami kerosakan akibat banjir akan dibaik pulih secepat mungkin supaya dapat digunakan pada sesi baharu persekolahan Januari depan.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata terdapat peruntukan khas disediakan kerajaan untuk menangani permasalahan itu dan jenis kerosakan dan keperluan sekolah terbabit akan dikenal pasti, lapor Bernama.

"Ada peruntukan khas untuk kita baiki sekolah-sekolah yang rosak, saya dan pegawai pembangunan akan berjumpa dengan pengetua dan guru besar sekolah terlibat untuk tengok jenis kerosakan.

"Setelah itu kita akan baiki sekolah dan akan bekalkan kerusi dan meja pelajar supaya sekolah penggal baharu akan dapat bermula tanpa sebarang masalah," katanya kepada pemberita di program gotong-royong perdana anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa di perkampungan Sungai Isap 2 di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil tinjauan di sekolah-sekolah yang terjejas di daerah ini, kerosakan membabitkan kerusi dan meja adalah sehingga 80 peratus dan ia akan diganti dengan kadar segera.

Sementara itu, Idris berkata program gotong-royong perdana itu melibatkan 4,000 sukarelawan terdiri daripada staf dan pelajar UMP, Universiti Putra Malaysia, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dan Universiti Malaysia Kelantan yang membantu membersihkan kediaman dan sekolah sekitar Kuantan yang dilanda banjir sebelum ini.

Katanya beliau terharu dengan komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh warga universiti terlibat yang memutuskan untuk menangguhkan kelas pada hari ini bagi menggerakkan program tersebut.

"Saya sukacita lihat staf dan pelajar universiti yang sanggup tangguhkan kuliah untuk turun mencuci rumah dan sekolah pada hari ini, selain itu UMP juga bertindak sebagai pusat pengumpulan bantuan dan dengan ini pengagihan bantuan senang dijalankan serta tidak berlaku ketirisan," katanya.

Program gotong-royong perdana itu melibatkan 60 lokasi termasuk kawasan penempatan, sekolah dan rumah anak yatim.

(Pic by BHarian)

Diploma In Logistics And Supply Chain Management At <b>Politeknik</b> <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2013 11:09 PM PST

Diploma In Logistics And Supply Chain Management
at Politeknik Sultan HajiAhmad Shah , Pahang.
 

Akhirnya selesai juga pengajian kami di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ,Pahang selama 3tahun ini, dalam jurusan "Diploma In Logistics And Supply Chain Management".Sepanjang 3tahun ini banyak dugaan dan rintangan datang salih berganti , banyak juga suka dan duka ditempuhi bersama, kami ibarat adik beradik disini , setiap masalah akan dibincang bersama-sama. Terlalu  banyak kenangan manis dan pahit kami disini. Mula-mula masuki kelas ini kami saling tidak kenali sama sendiri tapi lama kelamaan kami menjadi semakin erat lebih erat dari adik beradik sendiri. Dari semester satu sampai ke semester enam kami bersama. Kami juga memiliki PA yang baik dan terlalu ambil berat tentang kami iaitu Puan Fadhilah Binti Mohamad, beliau menjaga kami seperti anaknya sendiri selama 3tahun kami menuntut ilmu disini. Susah payah kami akhirnya kami berjaya menamatkan pengajian kami dengan jayanya.. Alhamdulillah kami sekelas berjaya menghabiskan Diploma ini sama-sama, kami akan konvo bersama-sama, In Sha ALLAH tahun depan bulan April kami akan mengenggam segulung Diploma. kawan-kawanku kamu semua sentiasa di dalam ingatan... 

kawan-kawan : kimi , angah , dien , aman , mukhriz , haiqal , adiey , azmi , paih , yaya , izzah , aien , shue , tikah , ziela , timah ,erin , che aty , zaty , nawar , fikah , miera , iema , fiza , hatin , fafa .

0 Comment for "Sekolah rosak akibat banjir dibaik pulih | The Malaysian Times - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah"