1. Blog Politeknik METrO Betong

1. Blog Politeknik METrO Betong


blog-pmb : Politeknik METrO Betong - Google Blog Search

Posted: 14 Jan 2014 09:28 PM PST

blog-pmb : Politeknik METrO Betong - Google Blog Search


blog-pmb : <b>Politeknik METrO Betong</b> - Google Blog Search - Blog <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2013 09:07 PM PST

CEMERLANG: Penerima-penerima Anugerah Pelajar Cemerlang merakamkan kenangan pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Sarawak Ke-8 di Kuching, semalam

KUCHING: Pengambilan pertama pelajar bagi Politeknik Metro di Betong akan dibuat pada tahun depan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Amir Md Noor berkata, kemasukan pelajar dijangka pada tahun 2014.

"Tahun depan, kita (Politeknik Metro) akan mula beroperasi dengan pengambilan pelajar dari seluruh Malaysia," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau ditemui sempena Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Sarawak Ke-8, yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Menurut Amir, Politeknik Metro yang pertama di Sara-wak itu masih dalam pembinaan dan dijangka siap se0penuhnya menjelang tahun depan.

Sementara itu, Amir ber-kata, pihaknya juga dalam  usaha untuk memenuhi ke-perluan tenaga kerja di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

"Sekarang di Sarawak, memang kita menjalankan latihan di dalam 12 bidang NKEA termasuk pelancongan, minyak dan gas.

"Malah, pelajar di Kolej Komuniti Sarawak juga telah terpilih untuk dilatih di 12 syarikat berasingan. Ada juga yang akan dibawa ke Semenanjung untuk dilatih, misalnya dalam sektor pelancongan.

"Jadi, mereka akan menjadi pemandu pelancong di semua kawasan pelancongan di Sarawak dan mendapat gaji yang lumayan," katanya.

Selain itu, Amir berkata, Kolej Komuniti juga memperluas penerimaan, peranan serta fungsi utamanya terhadap masyarakat dengan memberi fokus kepada pembelajaran sepanjang hayat, keusahawanan, pengukuhan graduan, program 'reskilling dan upskilling' bagi pekerja syarikat dan menyediakan latihan bahasa Inggeris kepada bakal penuntut universiti.

"Ini adalah peranan kita… selain mengupayakan masyarakat, kita juga membantu mendekatkan rakyat dengan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Jabu dalam ucapannya menyuarakan harapan agar para graduan Kolej Komuniti akan menyumbang secara efektif kepada kejayaan pelaksanaan SCORE.

"Menjelang 2015, SCORE dijangka akan membuka sebanyak 290,880 peluang pekerjaan yang akan meningkat kepada 662,065 pada tahun 2020," katanya.

- UB

0 Comment for "1. Blog Politeknik METrO Betong"