Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Kota Bharu Kelantan Negeri Berkebajikan. Setakat ini hanya negeri Kelantan sahaja yang masih kekal di perintah di bawah kerajaan PAS. Semoga rakyat Kelantan terus memilih kerajaan PAS sampai bila-bila untuk memerintah Kelantan. Walau apa sahaja pro dan kontranya, semuanya telah di takdirkan. Umpama ada yang berkata, harga minyak naik itu adalah takdir Allah, maka bila kerajaan PAS masih terus memerintah Kelantan walaupun telah banyak kempen yang dilakukan agar rakyat Kelantan tolak PAS, itu jelaslah menunjukkan takdir Allah juga memihak kepada PAS.
Sekitar Kota Bharu Kelantan
|
Kota Bharu Kelantan Negeri Berkebajikan |
Ingat dulu semasa kempen Pilihanraya PRU13, ada yang cakap, buat apa bagi bantuan kepada balu yang kematian suami, bantuan selepas mati buat apa, masa hidup inilah bantuan diperlukan untuk kita teruskan hidup.
Hari ini kerajaan Kelantan memberikan 27hari cuti tambahan untuk penjawat awam wanita sahaja yang baru kematian suami adalah sesuatu yang bagus. Biar apa sahaja komentar yang diberi, jika semuanya di terima dengan baik, maka hasil yang baik juga akan terhasil.
|
Kota Bharu Kelantan Negeri Berkebajikan 1 |
Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2010 ialah 491,237 orang, menjadikannya bandar terbesar di pantai timur Semenanjung. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat
Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Jabor, Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 12 ke Kuala Berang dan Kuala Terengganu dan menuju ke Kota Bharu atau
Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan
Simpang Pulai yang melalui Cameroon Highland menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 .
Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan
stesen kereta api terdekat di
Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.
|
Kota Bharu Kelantan Negeri Berkebajikan 2 |
Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.
- Masjid Sultan Ismail.
- Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
- Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).
|
Kota Bharu Kelantan Negeri Berkebajikan 3 |
Jika mahu solat ketika bermusafir, negeri Kelantan adalah negeri yang paling mudah untuk cari Masjid. Boleh di katakan dimana-mana sahaja ada masjid. Jadi alasan tidak sempat solat kerana sukar mencari masjid tidak boleh di pakai di negeri Kelantan.
Pengalaman semasa berada di Kedah, susahnya mencari masjid untuk bersolat menyebabkan syira bertekad untuk tidak kembali ke Kedah lagi. haha
|
Kota Bharu Kelantan Negeri Berkebajikan 4 |
Seorang pak cik tua dan anaknya menjual air krim kelapa. Ramai benar pelanggannya. Syira tidak mencuba pun kerana ketika itu perut masih kenyang. Lagipun syira nampak macam tak menarik je, suka sangat menilai rasa dari rupa. hehe
SUmber : Wikipedia Kota Bharu
Ranking: 5
Mahu Dapatkan Shisiedo Black Untuk Kegunaan Muka Anda? Dapatkan Sekarang Dengan Harga Promosi Untuk Kegunaan Anda Dengan Harga Rm1.00 Sekeping. Hubungi syiraqahira@gmail.com sekarang!!!..
0 Comment for "Lawatan Pelajar Politeknik Kota Bharu - kraf Kelantan - Politeknik ... - Politeknik Kota Bharu Kelantan"