Politeknik Nilai(PNS), Negeri Sembilan adalah politeknik yang ke-23 ditubuhkan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 1 April 2007 dibawah Rancangan Malaysia Ke-9. PNS mula beroperasi di kampus sementara dengan pengambilan pertama pelajar pada Disember 2007.
PNS berpindah ke kampus tetap di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada September 2011 di atas tapak seluas 101.5 ekar yang memuatkan 37 blok bangunan pentadbiran, akademik,kamsis dan kediaman staf. Kampus ini mampu menampung pelajar seramai 2,400 orang pelajar dengan kapasiti penginapan di kamsis seramai 1,200 orang pelajar.
PNS mempunyai jumlah kakitangan seramai 67 orang yang terdiri daripada 48 orang pensyarah dan 19 orang staf sokongan. Jumlah pelajar adalah seramai 446 orang pelajar yang sedang mengikuti program Diploma in Business Studies (e-Commerce), Diploma in Islamic Banking and Finance dan Diploma in Logistics and Supply Chain Management.
Dua Jabatan baru iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri akan mula menawarkan program baru masing-masing Diploma in Mechanical Engineering dan Diploma in Landscape and Holticulture pada Sesi Julai 2012.
Klik pada gambar untuk dapatkan .pdf
MISI
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan beriltizam memenuhi keperluan negara dalam bidang perdagangan dan teknologi serta melahirkan modal insan bernilai tinggi.
VISI
Menghasilkan keperluan modal insan yang bernilai dan berketrampilan melalui pendidikan terkamil dari aspek ilmu, kemahiran dan berakhlak mulia melalui pendidikan bersepadu dan berterusan.
0 Comment for "coretan dunia kasih: LIfe Di Politeknik NiLAI - Politeknik Nilai - Blog ... - Politeknik Nilai"