‘ATOS’ One Team One Spirit -Melahirkan PRS Jati Diri Unggul Dan Bekerjasama - Portal Rasmi Politeknik Melaka

‘ATOS’ One Team One Spirit -Melahirkan PRS Jati Diri Unggul Dan Bekerjasama - Portal Rasmi Politeknik Melaka


‘ATOS’ One Team One Spirit -Melahirkan PRS Jati Diri Unggul Dan Bekerjasama - Portal Rasmi Politeknik Melaka

Posted: 02 Feb 2015 01:48 AM PST

‘ATOS’ One Team One Spirit -Melahirkan PRS Jati Diri Unggul Dan Bekerjasama - Portal Rasmi Politeknik Melaka


‘ATOS’ One Team One Spirit -Melahirkan PRS Jati Diri Unggul Dan Bekerjasama

Posted: 02 Feb 2015 12:42 AM PST

Jasin, 1 Feb 2015 – Remaja yang mempunyai jati diri unggul serta sikap bekerjasama dalam satu kumpulan di kalangan ahli PRS bakal melahirkan satu kumpulan pelajar yang akan memainkan peranan mereka sebagai agen perubahan sikap ke arah yang lebih positif di kalangan pelajar PMK dan seterusnya menjadi barisan pelajar yang berketrampilan dan dinamik pada masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, satu program kepimpinan dan team building telah dijalankan pada 30,31 Januari hingga 1 Februari 2015 di Kem Tasik Biru, Jasin yang melibatkan 40 orang ahli PRS. Program ini merupakan program wajib setiap kali lantikan ahli PRS yang baru bagi memupuk kerjasa serta persefahaman dikalangan ahli yang lama serta yang baru.

Penubuhan Kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) adalah atas matlamat membantu pelajar di Politeknik Melaka menghadapi cabaran dan isu semasa pengajian dengan konsep dari pelajar kepada pelajar. Kelab ini adalah proxy kepada Unit Psikologi dan Kerjaya PMK mendekati dan menyebarkan maklumat kepada pelajar.

Program tiga hari dua malam yang dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kerjaya ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari peserta. Program yang padat dengan aktiviti mencabar fizikal seperti water confident, night walk, junggle tracking, survival dalam hutan, berkayak, teknik menyelamat mangsa lemas secara individu dan berkumpulan telah memberikan pendedahan baru kepada pelajar serta memupuk kerjasama yang erat dikalangan mereka.

Secara keseluruhan program yang berjaya mengumpulkan 40 orang pelajar ini mendapat komentar positif dari peserta . "Program ini telah banyak memberi impak positif dalam diri saya yang kurang gemar aktiviti mencabar fizikal. Namun, saya gembira kerana berjaya melakukannya" jelas Mohd Syamim Haikal, 19 tahun. " Saya suka aktiviti memasak tanpa dapur gas dalam slot survival kerana melatih semangat kerjasama sepasukan terutama ketika cuba menghidupkan unggun api sehingga berjaya. Aktiviti di dalam air pula berjaya mengatasi ketakutan saya terhadap air" ujar Wairah Farhana, 18 tahun

Kesimpulannya, untuk sesebuah organisasi berfungsi dan berbakti kepada orang lain, ianya perlu terlebih dahulu memastikan bahawa struktur organisasi sudah kukuh dan cukup kuat untuk member khidmat kepada orang lain. Justeru, Program Team Building dan Kepimpinan anjuran Unit Psikologi dan Kerjaya dianjurkan untuk mencapai matlamat tersebut.  Program ini sejajar dengan hasrat Politeknik Melaka untuk melahirkan pelajar yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju.

0 Comment for "‘ATOS’ One Team One Spirit -Melahirkan PRS Jati Diri Unggul Dan Bekerjasama - Portal Rasmi Politeknik Melaka"