Sumber: Puan Zaihan binti Haron
Politeknik Melaka,9 Februari 2015(Isnin)- Satu lawatan dari delegasi Politeknik Bengkalis atau dikenali sebagai POLBENG telah berlangsung di Politeknik Melaka. Objektif utama lawatan ini adalah untuk tujuan perbincangan halatuju jalinan kerjasama diantara Politeknik Melaka dan POLBENG. Lawatan dari POLBENG ini telah diketuai oleh Timbalan Rektor institusi tersebut iaitu Bapak Alfansuri bersama-sama dengan tiga orang pensyarah lain. Deligasi ini juga turut disertai oleh 30 orang pelajar jurusan " Diploma in English Business". Delegasi ini telah disambut oleh barisan pengurusan Politeknik Melaka iaitu terdiri daripada Pengarah Politeknik Melaka, Pn Hajah Rashidah binti Mustapa, Timbalan Pengarah Akademik merangkap pegawai pengantarabangsaan, Puan Hilmun binit Mohamed, Pengarah Program Jalinan Kolaborasi PMK-POLBENG iaitu Puan Marina binti Abu Bakar, para pensyarah Politeknik Melaka dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), PMK.
Bertempat di Bilik Persidangan PMK, program Perbincangan Halatuju Jalinan Kerjasama PMK-POLBENG antara kedua-dua belah pihak telah dimulakan oleh Puan Pengarah Politeknik Melaka, dengan memperkenalkan latarbelakang PMK kepada delegasi POLBENG. Antara isu penting dalam perbincangan halatuju jalinan kerjasama diantara kedua-dua pihak ini adalah berkaitan memperkukuhkan program-program latihan staf dan pendidikan di kalangan pelajar. Aktiviti-aktiviti lain yang turut diberi perhatian adalah berkaitan program yang melibatkan pensyarah seperti penyelidikan bersama oleh kedua-dua pihak, pembentangna penyelidikan, kursus-kursus yang memberi impak positif kepada PMK dan POLBENG serta program pertukaran penceramah jemputan. Untuk program yang melibatkan pelajar pula, aktiviti-aktiviti yang dibincangkan adalah berkaitan peningkatan kemahiran penggunaan bahasa inggeris dan peningkatan kemahiran-kemahiran "hands-on" yang lain.
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), yang terdiri dari 10 orang wakil pelajar dari Politeknik Melaka juga telah berpeluang memberi pendedahan berkaitan aktiviti pelajar yang dilaksanakan di PMK. Pelajar dari POLBENG juga diberi peluang untuk memberi pendapat atau bertanyakan sesuatuberkaitan perlaksanaan system P&P dan aktiviti pelajar di PMK melalui satu sesi dialog yang diadakan oleh MPP di Dewan Serbaguna (DSG), PMK.
Program Perbincangan Ke Arah Kolaborasi PMK-POLBENG ini di akhiri dengan sesi menandatangani Sijil Jalinan Kerjasama diantara kedua-dua belah pihak oleh Pengarah Politeknik Melaka, Puan Hajah Rashidah binti Mustapa dan Timbalan Rektor Politeknik Bengkalis, Bapak Alfansuri.
0 Comment for "Bersiaran Langsung Dari Studio MELAKAfm - Portal Rasmi Politeknik Melaka"