Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN - Politeknik Ungku Omar

Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN - Politeknik Ungku Omar


Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN - Politeknik Ungku Omar

Posted: 01 Nov 2015 08:18 AM PST

Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN - Politeknik Ungku Omar


Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN

Posted: 02 Sep 2015 12:00 AM PDT

PENGENALAN

 
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK "GREEN CAMPUS FOR SUSTAINABLE LIVING" BERSEMPENA DENGAN POLYGREEN POLITEKNIK MALAYSIA

Pertandingan Video Pendek"Green Campus for Sustainable Living" bersempena 'POLYGreen POLITEKNIK MALAYSIA' peringkat Politeknik Ungku Omar merupakan pertandingan dan perkongsian ilmu yang dianjurkan bagi meningkatkan penyebaran maklumat di kalangan warga Politeknik Ungku Omar terutama pelajar berkaitan kampus lestari. Program ini juga adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga PUO dalam pembangunan kampus lestari untuk masa depan dan alam sekitar yang mampan.






Proses pembangunan dan penjagaan alam sekitar yang mampan merupakan aspek yang sangat penting supaya kehijauan alam dapat dikekalkan untuk generasi akan datang. Flora dan fauna merupakan aset terpenting sebagai sumber kepelbagaian biodiversiti yang menjadi tunjang kepada alam sekitar. Sikap masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata, pembuangan sisa toksik serta lain-lain aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar akan terus menjadi barah ke arah negara mampan.

Berikut ialah maklumat ringkas tentang pertandingan. 

Tarikh Mula  :  2 September 2015

Tarikh Tamat  :  20 September 2015 (Sebelum jam 12.00 tengah malam) 

Penyertaan  :  Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan PUO


Objektif: 

  1. Menggalakkan budaya memelihara dan memulihara kampus hijau di kalangan warga Politeknik Ungku Omar. 
  2. Mencungkil kreativiti pelajar dan warga kampus dalam penghasilan video pendek berasaskan kampus lestari.
  3. Menggalakkan proses perkongsian dan penyebaran maklumat di seluruh warga PUO khasnya dan masyarakat luar khususnya.

Ungku Omar Ahmad | mimbar kata - Politeknik Ungku Omar

Posted: 29 Oct 2015 09:16 AM PDT

<b>Ungku Omar</b> Ahmad | mimbar kata - Politeknik Ungku Omar


<b>Ungku Omar</b> Ahmad | mimbar kata

Posted: 24 Oct 2015 02:41 AM PDT


Perjuangan Ungku Omar
Oleh Mohd Rosli Baharom
1 Julai 2012

Menulis biografi tokoh adalah suatu tugas yang mencabar, apatah lagi jika tokoh berkenaan telah meninggal dunia kerana sumber utama tidak dapat lagi dirujuk. Cabaran ini tidak menjadi halangan bagi penulis untuk menghasilkan buku Ungku Omar Ahmad: Tokoh Negara Tersohor. Mohd Zamberi A Malek sebelum ini telah menghasilkan 15 buku dalam bidang sejarah dan warisan. Datuk Dr. Ungku Omar Ungku Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ungku Omar adalah antara permata menjadi tiang seri negara ini ketika kita mula menapak sebagai sebuah bangsa merdeka.

Walaupun nama Ungku Omar sering dikaitkan dengan Pusat Penyelidikan Perubatan (IMR) tetapi beliau juga intelektual, pentadbir dan pejuang bangsa yang sentiasa meletakkan kepentingan agama, bangsa, dan negara melebihi segalanya.

Ungku Omar yang dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru, Johor pernah mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Kemasukannya ke Universiti Malaya (UM) di Singapura agak istimewa kerana beliau terus diterima masuk ke tahun dua.

Pada tahun 1961 Ungku Omar menyambung pelajaran dalam bidang Patologi di Royal College of Physicans London dan Royal College of Surgeons of England pada tahun 1962. Ungku Omar menyambung pelajarannya di peringkat kedoktoran dan memperoleh ijazah Ph.D. pada tahun 1965.

Walaupu berasal dari keluarga bangsawan, Ungku Omar tidak melupakan anak bangsa yang terpinggir. Masalah kesihatan dikenal pasti sebagai penyebab utama kemunduran dan ketinggalan masyarakat desa dan pedalaman. Sekembalinya ke tanah air Ungku Omar dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan. Beliau merupakan anak Melayu pertama dilantik memegang jawatan tersebut.

Kepimpinannya berjaya menaikkan nama pusat itu. Hasil penyelidikannya mengenai kesihatan dan perubatan diterbitkan dan tersebar kepada masyarakat di dalam dan luar negara. Sebagai seorang doktor, beliau melihat aspek kesihatan sebagai faktor penting dalam usaha membangunkan belia. Menurut Ungku Omar, kekurangan makanan berzat disebabkan kekurangan wang; kekurangan wang disebabkan kekurangan ilmu dan mata pencarian. Ilmu untuk mendapatkan rezeki yang lumayan pula tersalur melalui bahasa Inggeris. Oleh itu jalan penyelesaiannya ialah meluaskan penggunaan bahasa Melayu dan menaikkan tarafnya supaya rakyat luar bandar memperoleh maklumat yang betul tentang penjagaan kesihatan.

PendudukTaraf kesihatan penduduk luar bandar menjadi agenda penting perjuangannya. Ini dapat dilihat dalam kertas kerjanya bertajuk "Keadaan Kesihatan di Luar Bandar Penting Untuk Proses Pembangunan Dalam Segala Bidang" (Simposium Masalah Penduduk Luar Bandar, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, September 1967). Hasil penyelidikannya dalam kertas kerja itu menggemparkan negara. Beliau mendedahkan senario taraf kesihatan penduduk di luar bandar yang telah diabaikan; kadar kematian di luar bandar yang enam kali ganda lebih tinggi daripada di bandar; kadar kemiskinan yang berkait rapat dengan penyakit malaria, kepialu, untut, cacing, kekurangan zat makanan, anemia, dan penyakit lain.

Dalam kertas kerja yang sama, beliau menampakkan bukti keprihatinannya tentang pelajaran anak bangsa dengan mencadangkan penubuhan sebuah universiti Islam bagi menampung keperluan anak Melayu yang ketinggalan dalam perlumbaan mendapatkan tempat di Universiti Malaya ekoran masalah bahasa.

Gagasan itu merupakan lanjutan daripada cetusan ideanya yang dibentangkan pada Seminar Organisasi Islam di Kolej Islam, Kuala Lumpur (Ogos 1967). Dalam seminar tersebut Ungku Omar dari awal lagi mencadangkan penubuhan Universiti Islam yang akhirnya terlaksana juga pada tahun 198O-an. Ideanya itu bertujuan meninggikan taraf kehidupan anak bangsa dan umat Islam kerana beliau kecewa melihat kemunduran mereka dari segi pelajaran.

Beliaulah antara orang penting dalam menyuarakan hasrat penubuhan UKM. Pada pandangannya, sebuah universiti yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi membolehkan anak Melayu mendapat pendidikan tinggi merupakan suatu keperluan yang mendesak.

Penubuhan UKM adalah titik penting perkembangan pendidikan Melayu kerana inilah institusi pengajian tinggi yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mengangkat martabat bahasa Melayu.

Dari institusi inilah juga lahirnya sekian banyak intelektual, teknokrat, dan birokrat Melayu. Dan yang lebih penting bahasa Melayu terbukti berupaya menyampaikan ilmu, sebagaimana yang sentiasa diperingatkan oleh Ungku Omar.

Ungku Omar adalah seorang yang cemerlang. Sebagai pelajar kehebatannya diperakui rakan dan guru. Ungku Omar adalah Melayu unggul yang didambakan oleh rakyat dan negaranya. Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 dalam usia 38 tahun. Pemergiannya terlalu awal namun semangatnya tetap dibawa bersama oleh mereka yang menghargai sumbangannya.

utusan online

DATO' DR. UNGKU UMAR BIN UNGKU AHMAD

Ungku Umar bin Ungku Ahmad, Dato'Dr.
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 18 Januari 1931, di Johor, Bahru, Johor.

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak. Kemudian ke Sekolah Inggeris Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. (Terakhir). Universiti Malaya, Singapura, dan lulus ijazah MBBS, 1957. Royal College of Physician London serta Royal College of Surgeons England. Beliau lulus peringkat Diploma dalam bidang Patalogi, 1962. Lulus Ph.D dalam bidang Clinial Chemistry di institusi yang sama, 1965

KERJAYA: (1). Pegawai Perubatan dan Penyelidikan di Pusat Penyeldikan Perubatan kuala Lumpur. (2). Pendaftar di Jabatan Pathology, Royal Free Hospital, School of Medicine, London, 1962. .(3). Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur, 1965. PENCAPAIAN: (1). Anak Melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Pertama Kuala Lumpur (2) Ketika keadaan kesihatan rakyat, terutama di luar bandar masih belum terbela beliau mengunjungi kampung-kampung untuk memberikan ceramah dan bimbingan kepada penduduk tentang kesihatan, terutama sakit malaria. (4). Banyak kali mewakili Malaysia dalam persidangan Perubatan antarabangsa dan memberi sumbangan dalam bentuk ceramah dan pidato umum di Australia, Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina, China dan Singapura. Ceramah dan pidatonya berkisar tentang peri pentingnya hasil penyelidikan perubatan disebarluaskan untuk menjaga kesihatan rakyat. Kebanyakan persidangan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau Dalam Perubatan Tropika (SEAMES).

INOVASI: (1) Bersama dengan DBP beliau membentuk istilah Perubatan dalam bahasa Melayu. (2). Mengambil inisiatif memberi ceramah melalui radio tentang kesihatan sehingga beliau digelar "Doktor Radio".

PENULISAN/PENERBITAN: (1). Telah menhasilkan lebih daripada 40 kertas kerja dan prosiding tentang perubatan dan ditanggapi dengan baik oleh pengamal-pengamal perubatan di Asia Tenggara khuusnya, dan dunia amnya. (2). Tesis Ph.Dnya bertajuk "Electrolytes in Isolated Human Leucocytes." Menjadi bahan rujukan utama buat mahasiswa jurusan perubatan. (3). Penyumbang rencana secara berkala untuk majalah Mastika dan Dewan Masyarakat

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Darjah Setia Mahkota (DSM) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, yang membawa gelaran Dato', Jun 1967. (2). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kerabat Yang Dihormat oleh Sultan Johor, Oktober 1967. (3). Gelaran Profesor oleh Universitas Nasional, Jakarta, Indonesia, 1968. (4). Namanya diabadikan untuk institusi Politeknik Ungku Umar, Ipoh, Perak setelah beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969.

sumber pokok dan tokoh


SEJARAH POLITEKNIK UNGKU OMAR

Politeknik Ungku Omar yang terletak di Jalan Raja Musa Mahadi (dahulunya dikenali sebagai Jalan Diary), Ipoh ,negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1969. Politeknik ini telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada Program Pembangunan PBB (UNDP). Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato' Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan.

Penekanan dan bidang pelajaran politeknik ini bercorak sains dan teknologi. Politeknik Ungku Omar ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO dan ini bertujuan untuk melatih tenaga pekerja separa profesional dan golongan pengurusan bawahan bagi menampung keperluan pembangunan negara. UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan PUO di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik bermula beroperasi dengan menumpang di Pusat Latihan Harian, Ipoh dengan 300 orang penuntut.Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri daripada 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.

Kampus Politeknik Ungku Omar terletak di kawasan Ampang, Ipoh. Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah dari Pusat Latihan Harian ke kampus kekalnya dan telah dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada masa itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein.

Kampus ini kini dikenali sebagai Kampus A setelah politeknik mengambil alih bekas kampus Maktab Perguruan Kinta dan dinamakan Kampus B pada 1990. Pada peringkat awal penubuhan, politeknik ini mempunyai empat jabatan pengajian iaitu Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan Perdagangan. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dengan bantuan teknikal dan rundingan daripada JICA. Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am. Kini, Politeknik Ungku Omar mempunyai tujuh jabatan akademik.

puo

<b>Politeknik Ungku Omar</b></b> wins Perodua Eco Challenge 2013 - Politeknik Ungku Omar

Posted: 27 Oct 2015 09:27 AM PDT

<b>Politeknik Ungku Omar</b></b> wins Perodua Eco Challenge 2013 - Politeknik Ungku Omar


<b>Politeknik Ungku Omar</b></b> wins Perodua Eco Challenge 2013

Posted: 17 Sep 2015 09:08 AM PDT

'Angah:  kak, kejut aku nanti.  Nak tido 10 minit '

Aku: okey. Kau tido lah. 

Lepas 10 minit, bila gua dah siap packing barang bagai, angah pulak tanak bangun.  Dr 10 minit jadi 10 jam. Patut gerak malam, tak jadi. Pukul 5 baru gerak dari kl ke pahang. Tujuan nya nak amik emak abah dan adik nak bawak ke ipoh.

Alhamdulilah. Minor jem di kawasan kuala pilah. Tepat pukul 8 pagi, gua dah sampai rumah. Lega nya Tuhan je tahu

 Samlai je rumah bila dah jumpa emak abah mata mmg tak boleh lelap lah kan.. siap2 sarapan, gua terus bersiap. Biasalah perempuan. Time nak bersiap lah time tu la gua jakun tgk si oyen (kucing emak) main dengan getah. Ahhhh punca lah oyen ni. Hahaha

So sebelum abah bebel baik gua bersiap and around 10 we ols gerak ke ipoh. Perjalanan biasa je cuma jem kat kawasan kl. 

bila tghari, perut pun mula lah mintak kaki . Eh, mintak di isi. Hahaha.mak decide berhenti di kawasan rekreasi di ulu bendul n makan tghari di situ. Ahh , emak kan. Siap masak lagi dr rumah. Mmg feel lah. Kua rumah pun masih dapat masak masakan emak. Mmg thumbs up lah! 

Matahari makin lama makin tgk atas kepada, we ols teruskan perjalanan sampai ke rnr tapah. that time la nak beli buah jeruk jambu yg fames tuuu. gua hairan jgak . Jambu tu boleh jadi manis n warna warni.org yg selalu pergi ke arah utara mesti tahu punya jeruk jambu ni.

Dah puas rehat, weols dah tanak tggu lagi . Masing nak tilam je. hubs awal awal.dah setelkan homestay atas bantuan linda. (Sepupu dia) Bila dah sampai, sepupu dia tak balik kerja so gua bawa family jalan kat area tambun (sampai the haven condo) then patah balik. Nak g Giant kata nya. Tp gua mak n angah nampak satu salon yg 'wow murahnya cuci rambut rm9'??????  gua apa lg ajak mak n angah gie. 

Ada yang murah jangan pergi yg mahal. Untuk cuci rambut mmg best la. Rm 9 dan gua rasa sgt berbaloi berbanding kl. Rm20 and up just for wash!  

Lepas dah puas bersalon, we ols balik lah.  Linda pun siap sempat amik izzah lagi tau. Hahahaha.punya lama bersalon. 



Rupanya homestay yg gua sewa tu dekat je dengan umah macik hubs. So senang lah if ada apa apa. Bukak pintu je dah dapat. 

Rumah dia mmg superbest.  Mmg highly recommended kalau sesiapa nak sewa. Rumah teres satu tingkat mempunyai 3 biik tido. Master bedroom included aircond waterheater dan 1 bilik mandi. Bilik second pun not good. Ada kipas katil queen. Bilik las kipas n katil bujang.

Rumah tu ada kelengkapan memasak yg cukup. Mmg boleh memasak. 

dapur elektrik mesin basuh . Mmg puas hati lah. Serious.

Disebabkan sampai pun dah malam gua acu dan mashu cri makan lepas makan kebabom tido. Hehehehehe.

DAY 2 √

AHHHH, AIRCOND NI MMG PUNCA TAU.puncaa gua bangun lambat. Pagi ni 2/8/15 gua kene attend raptai untuk konvo. ikut hati mmg malas weh. Tp kalau tak attend tak boleh macuk dewan. 

selfie dulu depan rumah.
Haaa. Ni lah homestay tu. Cantik kan? Ehh mmg eksaited gila nak g poli jumpa kawan kawan tau. Yg lama tak jumpa kawan mesti faham.

Orang pertama yang gua jumpa is si kecik farahhhhh. Then nampak amy and imran.  Then nampak ex skandal. HAhahahahahahahahahahahahahahahahaaahaa. gua tak tgur pun. Malas la. Masing2 ada life sendiri kan.

So tggu si erin tak sesampai gua pun daftar dulu. Semua di arah masuk kedalam dewan. gua dah pusing seat kosong tadek. Bila dia bg naik ke tingkat atas, gua pun pergilah bersama sekelompok budak kelas gua naik tgkat atas. Cun la. Kat atas ni boleh selfie dgn member2. Hahaha.






Ada byk lagi tapi  gua la yg tak lalu nak masukkan. HAhahha.


Ramai nyaaaaa. Imma so eksaited weh. HaHahhha.

Dalam taklimat ni ada diperkenalkan sistem RFID.  SATU sistem yg guna kad je boleh detect nama kau tayah la si MC nak announce nama tayah lah kau nak beratur ikot nama lagi. Cuma orang pertama dan terakhir je yg kene ikut susunan. Mudah bukan?

So gua pun dah menguap, gua ajak derang semua g keluar sbb gua tak amik jubah lagi. mmg risau kalau tadek saiz. Tanak Pkai jubah besar. 

yay nasib ada saiz lagi tauuu.

So sis kat situ jgak laaaa gua melaram.  EHhhh kisah apa weh.  Aku bayar . Hahaaha.



Hahaha. Ni boleh dikategorikan prekonvo part one. Dah letih gua call everybody semua senyap. So gua decided call wahidah sbb nak mtk tlg dia hantar. Alang2 dah keluar skli weols layan lah nasi vanggey hahahaha.  Ni pest time tau. Dulu pernah makan nasi ganja je. HAhahaha.

Mmg sedap. Highlu recommended to sesiapa yg nak jalan jalan cari makan kat ipoh. Murah sedap. 

So sempat la berselfish dan makan makan dengan kawan kawan. Puas makan teman atin n kak mi cari hotel. Lepastu gua balik. Emak pulak memasak so tlg mak masak siked2. I mmg dah kenyang. SO tak makan. Ptg siked by pun sampai . Tp dia singgah jumpa pah dulu. Ptg baru dtg umah makan kat umah plak. 

LEpas by siap makan bg by rehat then gua ajak b g buat rambut. KAtanya nak curl. So buat temporary curl.





MAsa tgh curl ni mak tggal i. Derang g gunung lang dulu. CIss. So i by and along pergi lewat tp nak dekat senja dah.. 

Sempat photoshoot. Tp tengah2 photoshoot terjumpadak erin. Sooo ber friend photoshoot lah.  HAhahahaahaha.

Hari pun dah malam,  by pun dah letih. Semua dah letih.  ABah pun dah ajak balik hujan pun mencemburui. So kami pun balik. 

Malam tu plak by dtg umah bawak kek izah buat . Ke kukus. Tak sia kau blaja kulinari dik. Hehehe.

So ,i teman by pergi hantar izzah. Adek dia saje nak berjalan.

BY bawak bunbun izah dr kl tau. HaHahaahahaha. Bapak besaq. KalAh cikted n yumiko.

SEbelum gerak selfie dulu. Bye dik. Belajar rajin2 yeye. Then saje lah nak mengimbau kenangau kau dan aku takkan terhabis duri ranjau dalam bercinta lumrah duniaaaaaaaa. Cayang menyayang.. cinta di kenang. Perasaan menjadi rinduuuuuu. Uwooooohh...

Aku bet semua menyanyi.  Tol tak?

Meuheheheeeehehe.


Lepak ktm ipoh je lah.. tgh lepak by teringin nak teh tarik. SO i ajak by balik minum kat umah jelaaa. HAhahahaahahaha.

SO lepak lah kat umah sampai lah terdengar suara org bg salam. Umah nya opah panggil sbb nak panggil by balik. Mmg by ckap nak tido umah pah. ABah plak dok ajak by tido umah skali. I?  Tak de lah tacing.  Ikut la mana mana dia selesa. Lg pun umah aku mmg kosong . Cuma ada family i je

Selamat malam! 

DAY 3...

Kring krung kring krunh loceng i. HAduhhhhh mata berat tp terpaksa bangun pg pagi.  Sbb kene kumpul jam 745. Tp biasa lah melayu. Kol 8 baru i sampai. HeHeheh.

Paling tak suka bila lost tgh org ramai. Phewwww. MAna tah kawan i. Bila selam beberapa minit baru jumpa. Hehe

#politeknikungkuomar #konvokesyenpoliteknikungkuomarke44 #alumnipuo #miasteadybruh #sisdahkonvo #orangkuadsis #makabahsaya #tb #campakbelakangjauhjauh

Tetibe ada hashtag bagai. HaHahaahahaa

this a few photo yg sempat di snap sebelom i ask my bruh pegang handbag. No handbag are allowed in hall.

Pabila semua dah sedia, weols bergerak masuk kedalam dewan ikut susunan.alhamduillah i dapat duduk dgn budak klas. Erm. Mmg selfie lah kerja la. Mujur i tak bawak hp. KAlau bawak mmg tak tahu nak letak mana. Hehe.

Ada kawan2 yg bawak and they asked my boy-friend put in their pocket. Oh my!  Kenapa i tak terfikir?? 

Majlis bermula ketibaab Vvip Dato Mary Yap Kain Ching,  timbalan menteri pendidikan tinggi dan seterus nya dengan tayangan video dan di mulakan dengan sesi disember. 

SO,  i tgk la kawan2 naik pentas berkonvo.  Selesai sesi disember, ada tayangan video dan diteruskan dengan sesi JUN ...

Haaaa, yg paling cuak ialah, sistem RFID.  NAK TAU TAK KENAPA? sebab sistem ni detect maklumat dr kad kita ( KAD DI LEKAT PADA BAHU KANAN DALAM JUBAH) then kemera trus snap. Kalau muka kau tgh panik cuak tunduk dongak nasib la. Ahahaha. Aku pun tak tahu apa gaya muka aku. Hahahahhahaha. Tp mak kata okey.

WEHH, belajar 3 tahun naik pentas 9 saat je. Hahahah. Tapi rasa berbaloi sgt. I mmg bukan budak pandai. Dekan ke apa. I biasa je.

So, abis je semua i terus cari mak. Senang je. I cari kat toilet n tantara...!  Emak mmg kat toilet. Hehehe.

I tak nak buang masa trus bergambar dengan mak abah. Then dengan kawan2.

* tggu pic konvo nt*

Time nak pulang jubah semua okay, bila nak amik sijil dan transkrip...  i ada masalah sbb transkrip takde. I dapat sijil je. Bila refer kat unit exam, mereka takut i dah pernah amik.  I mmg tak penah amik. Dia suh tggu tp i punya mulut nak menyumpah dah. Dia egt i dtg dekat2 ke?  Petang tu dah nak balik kl sebab selasa kerja. Bab yg ni PUO MMG FAIL.  SYSTEM PTUT IMPROVE. SBB YOU BUKAN POLI CIKAI. BE PROFESSIONAL LAH.

I KECEWA DTG JAUH2 BENDA TAK LENGKAP. 

they said they will inform me in 3 days. So i pun balik singgah makan dan terus balik umah.  Ptg tu sempat i tido sampai crem kaki. HAhahaa. Punya la sejuk.

Dalam pukul 4 lebih time i mandi by dtg rumah jemput kami sekeluarga singgah rimah cikna (his aunt) . So kami pun 'beraya' sekejap sebelum balik ke kl. 

Itu je la.kejadian yg berlaku. I wanna wish big thankyou to my family my acu n mashu along's bf and mine too sbb dtg masa konvo. Terharu ahhhh  

'Kejayaan ini kakak dedicated to emak abah. Kakak tau both of you must be proud, kalau dulu duku abah marah kakak merayap katanya ukur jalan, kakak dah merasa ukur jalan. Alhamdullilah abah emak, kakak dah terlibat dengan pembinaan sebuah hospital di kuala lumpur. Ini semua berkat doa abah emak. Teruskan lah menyokong kakak sbb kakak nothing without you' 

'Kepada adik beradik sedara semua, sokongan ada amat saia hargai. Terimakasih kerana ada di saat susah senang saia. ' 

' kepada kawan kawan, tanpe korang i takkan dapat diploma ni. Big thanks to all of you. semoga persahabatan kita kekal. ME love you muchos'

'Kepada lecture, ucapan terima kasih i ucapkan.  Tnpa anda,  saya takmungkin berada di pentas ini. Harini ini ' 

'Kepada babat,

Thankyou help me a lot when i m in ipoh, thankyou for visiting me and always be at my back. I dont know how to repay,  sayang harap pencapaian sayang jadi part of kebanggaan by.'

0 Comment for "Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN - Politeknik Ungku Omar"