Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah: #SehatiSejiwa : Politeknik Muadzam Shah

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah: #SehatiSejiwa : Politeknik Muadzam Shah


Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah: #SehatiSejiwa : Politeknik Muadzam Shah

Posted: 31 Oct 2015 09:15 AM PDT

Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: #SehatiSejiwa : Politeknik Muadzam Shah


Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: #SehatiSejiwa

Posted: 29 Aug 2015 10:24 AM PDT

Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: #SehatiSejiwa <b>...</b>

Posted: 19 Aug 2015 03:16 AM PDT


Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada hari Rabu, 19 Ogos 2015 bertempat di Auditorium JRKV. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia En.Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah, Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ketua-ketua Jabatan, Ketua Unit, Staf dan mahasiswa/i Politeknik Muadzam Shah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian & Moral Majlis Perwakilan Pelajar dan diikuti dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, saudara Khairul Hafiz Bin Kalim. Seterusnya, majlis diteruskan dengan Ucapan Kemerdekaan oleh En. Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah, Pengarah Politeknik Muadzam Shah seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-58 dengan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai gimik pelancaran.

Tayangan Multimedia berkenaan aktiviti yang dianjurkan sepanjang Bulan Kemerdekaan Ke-58 serta Kronologi Kemerdekaan telah dipersembahkan sebagai santapan mata para tetamu. Majlis diteruskan dengan Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah kepada Ketua-ketua Jabatan. Setelah itu, majlis disambung dengan nyanyian lagu Tanggal 31 dan Sehati Sejiwa, lagu tema bagi Hari Kemerdekaan Ke-58.
Laungan "MERDEKA" telah dilaungkan oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar sebanyak 3 kali dan disambut oleh para tetamu. Dengan berakhirnya laungan itu menandakan majlis telah sampai ke penghujungnya. Sebelum majlis bersurai, satu sesi bergambar telah diadakan sebagai tanda kenang-kenangan.




 Ucapan Kemerdekaan oleh Pengarah PMS seterusnya merasmikan majlis dengan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbolik perasmian

 Tayangan Multimedia


 Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua-ketua Jabatan

 Nyanyian lagu Tanggal 31 dan Sehati Sejiwa

 Laungan "MERDEKA" yang dipimpin oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar

 Sesi Bergambar

Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: #SehatiSejiwa <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2015 02:54 AM PDT

Terma & syarat penyertaan Pertandingan Menulis Cerpen

Objektif

  • Pertandingan Menulis Cerpen adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan. Dengan ini, pelajar Politeknik Muadzam Shah boleh bergiat aktif dalam sebarang aktiviti yang  dijalankan di PMS ini. Selain itu, mencungkil bakat pelajar dalam seni lukisan.Tambahan pula, pelajar dapat menghayati kehangatan kemerdekaan yang dicapai oleh negara Malaysia.

Peraturan umum

  • Peserta perlu mengikut terma dan syarat pertandingan sepanjang masa pertandingan dan tidak boleh melanggarinya sehingga tamat pertandingan.Tindakan akan diambil jika peserta melanggar sebarang terma dan syarat.

Tempoh masa pertandingan

  • Pertandingan Menulis Cerpen bermula dari 26 Ogos hingga 9 September 2015.

Terma & syarat

    1. Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Muadzam Shah.
    2. Penyertaan adalah individu
    3. Cerpen hendaklah menerapkan nilai-nilai dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.
    4. Setiap tajuk penyertaan adalah bebas berdasarkan tema tetapi tidak menyentuh unsur-unsur politik dan unsur-unsur yang boleh menimbulkan spekluasi negatif di kalangan masyarakat majmuk Malaysia amnya.
    5. Panjang cerpen mestilah tidak kurang daripada 500 ke 1000 patah perkataan.

6. Cerpen yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 dengan, justify, font-arial, font size-12, spacing -1.5.
7. Peserta hanya boleh menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa inggeris.
8. Karya cerpen mestilah terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan  mahupun dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
9. Hasil karya cerpen mestilah hasil karya sendiri.
10. Cerpen  perlu mengikut dan menyokong tema KEMERDEKAAN ke-58  #sehatisejiwa.
11. Peserta perlu menghantar hasil karya dalam sampul surat bersama-sama lampiran borang peryertaan serta tuliskan di atas sampul surat tersebut:-

- nama

- nombor matrik

- nombor kad pengenalan

- nombor telefon

- jabatan

- pertandingan cerpen.


12. Karya boleh dihantar melalui kaedah:-
> Offline:- jabatan masing-masing & Bilik Gerakan MPP
> Online:- emailkan ke (mpppms@gmail.com).
.

13. Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang hasil karya peserta untuk tujuan publisiti dan promosi.

kriteria permarkahan juri

  • Kreativiti                                                                 20%
  • Tema                                                                      30%
  • Format ulasan                                                        15%
  • Bahasa &keaslian cerpen                                      15%
  • Gaya bahasa                                                          20%
  •  

Borang Penyertaan

Anda boleh dapatkan borang penyertaan melalui kaedah:-

Offline:-

- Jabatan masing-masing

- Bilik Gerakan MPP

Online:-

- memuat turun borang penyertaan disini (klik
.

Hasil karya dan borang penyertaan perlu dihantar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tarikh akhir menghantar cerpen pada 9 September 2015.

0 Comment for "Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah: #SehatiSejiwa : Politeknik Muadzam Shah"