Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Posted: 01 Dec 2014 11:23 AM PST

Majlis Konvokesyen <b><b>Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin</b></b> - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


Majlis Konvokesyen <b><b>Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin</b></b>

Posted: 23 Oct 2014 11:41 AM PDT

Tahniah diucapkan kepada graduan-graduan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Kali Ke 11 yang telah berlangsung di Dewan Dagang Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Terengganu.   Bermula dengan upacara raptai konvokesyen untuk sesi Disember 2012 pada Isnin 24 Mac 2014 dan diikuti dengan 25 Mac 2014 untuk sesi Jun 2013.

Istiadat Konvokesyen pula diadakan pada 25 dan 26 Mac 2014 dengan pendaftaran bermula seawal 7.30 pagi. Pesta Konvokesyen pula diadakan di Tapak Pesta Konvokesyen Politeknik Dungun.  

Kami di Homestay Muslimah Dungun mendoakan semoga graduan-graduan semua berjaya di dalam apa jua bidang yang telah anda diceburi. Khas buat para tetamu kami, kami doakan anda beroleh kejayaan di dunia dan akhirat serta mendapat rezeki yang melimpah ruah.

Untuk pengunjung blog yang ingin menempah homestay di dungun, bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.  Kami mempunyai rangkaian beberapa buah rumah dan bilik yang sesuai untuk keperluan anda.  Kami boleh dihubungi di 019 918 0401 atau 013 902 3060. Kami akan berusaha memudahkan urusan anda di Dungun.

Pelatih Kebangsaan Bantu <b>PSMZA</b> & PPD Raih Kejuaraan Softball

Posted: 28 Sep 2014 11:17 AM PDT

Juara Kejohanan Softball Majlis Sukan Politeknik (MSP) 2013 kategori lelaki, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Juara Kejohanan Softball Majlis Sukan Politeknik (MSP) 2013 kategori lelaki, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kehadiran pelatih kebangsaan dalam pasukan ternyata membantu Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan Politeknik Port Dickson (PPD) untuk menjuarai Kejohanan Softbal Majlis Sukan Politeknik (MSP) yang berlangsung di padang Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Tanjung Malim, Perak.

PSMZA yang memiliki pelatih kebangsaan, Mohd Afif Mohd Adnan jelas terlalu unggul dalam kategori lelaki selepas mudah menumpaskan Politeknik Sultan Abdul Halim Muazam Shah (POLIMAS) 8-0 di peringkat final.

Pengurus pasukan PSMZA, Saiful Azizi Abdullah nyata berpuashati dengan persembahan anak buahnya sepanjang kejohanan yang berlangsung dari 28 Februari hingga 3 Mac ini.

Pengurus pasukan PSMZA, Saiful Azizi Abdullah.

Pengurus pasukan PSMZA, Saiful Azizi Abdullah.

"Latihan pusat kita selama 2 minggu telah membuahkan hasil. Selain memiliki Afif, saya percaya komitmen semua pemain dalam pasukan ini telah berjaya membawa kami gelaran kedua kami tahun ini selepas memenangi peringkat zon bulan lalu" kata Saiful Azizi.

Pasukan wanita Politeknik Port Dickson menang 19-16 keatas Politeknik Sultan Azlan Shah dalam satu pertarungan sengit peringkat final.

Pasukan wanita Politeknik Port Dickson menang 19-16 keatas Politeknik Sultan Azlan Shah dalam satu pertarungan sengit peringkat final.

PPD pula berjaya menewaskan tuan rumah, PSAS 19-16 dalam perlawanan akhir kategori wanita.

"Kejayaan ini memang tidak disangka-sangka. Kami sebenarnya tidak meletakkan sebarang sasaran dalam kejohanan ini pada mulanya" kata Nur Farhani Syamimi, ketua pasukan PPD yang juga merupakan pelatih kebangsaan.

Nur Farhani Syamimi, ketua pasukan PPD.

Nur Farhani Syamimi, ketua pasukan PPD.

"Perlawanan akhir tadi cukup sengit. Kami mendahului 12-1 tetapi kemudiannya dikejar lawan. Mujur kami berjaya bangkit semula untuk memenangi kejohanan ini" tambah Farhani yang turut mengakui kehadiran 2 pemain yang pernah beraksi di SUKMA sedikit sebanyak membantu kejayaan pasukannya itu.

Sementara itu, Politeknik Melaka dan POLIMAS berjaya menduduki tempat ketiga masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita. Politeknik Muadzam Shah dan PSMZA (wanita) pula sekadar berada di tempat keempat.

MSP juga telah memilih beberapa pemain dari kejohanan ini untuk diserap masuk ke pasukan Politeknik Malaysia bagi menghadapi saingan Kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

About the Author

Dunia Sukan Journalis

Kaitan Berita

On Sale

Views

Kalendar Sukan

Recent Video

0 Comment for "Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin"