Bersiaran Langsung Dari Studio MELAKAfm - Portal Rasmi Politeknik Melaka

Bersiaran Langsung Dari Studio MELAKAfm - Portal Rasmi Politeknik Melaka


Bersiaran Langsung Dari Studio MELAKAfm - Portal Rasmi Politeknik Melaka

Posted: 13 Feb 2015 01:31 AM PST

Bersiaran Langsung Dari Studio MELAKAfm - Portal Rasmi Politeknik Melaka


Bersiaran Langsung Dari Studio MELAKAfm

Posted: 12 Feb 2015 07:48 PM PST

Portal rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Development Corporation Maklum Balas pelanggan Politeknik Melaka Jawatankuasa laman portal PMK

Sebarang pertanyaan terus kepada administrator Sebarang pertanyaan emelkan kepada : webmaster [@]polimelaka.edu.my. Untuk mendapatkan paparan terbaik, sila gunakan resolusi 1024 x 768 dan Mozilla, Google Chrome dan ke atas.

Wikipedia Politeknik Melaka Laman Youtube Rasmi Politeknik Melaka face book POliteknik Melaka Laman Politeknik Melaka melalui mobile coderss

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Peta Laman

Politeknik Melaka, No 2 Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim , 75250, Melaka. Tel:06-3376000  Faks: 06-3376007
Copyright © Politeknik Melaka 2012 - 2014

Ke arah jalinan kerjasama PMK - POLBENG

Posted: 12 Feb 2015 04:55 PM PST

Sumber: Puan Zaihan binti Haron

Politeknik Melaka,9 Februari 2015(Isnin)- Satu lawatan dari delegasi Politeknik Bengkalis atau dikenali sebagai POLBENG telah berlangsung di Politeknik Melaka. Objektif utama lawatan ini adalah untuk tujuan perbincangan halatuju jalinan kerjasama diantara Politeknik Melaka dan POLBENG. Lawatan dari POLBENG ini telah diketuai oleh Timbalan Rektor institusi tersebut iaitu Bapak Alfansuri bersama-sama dengan tiga orang pensyarah lain. Deligasi ini juga turut disertai oleh 30 orang pelajar jurusan " Diploma in English Business". Delegasi ini telah disambut oleh barisan pengurusan Politeknik Melaka iaitu terdiri daripada Pengarah Politeknik Melaka, Pn Hajah Rashidah binti Mustapa, Timbalan Pengarah Akademik merangkap pegawai pengantarabangsaan, Puan Hilmun binit Mohamed, Pengarah Program Jalinan Kolaborasi PMK-POLBENG iaitu Puan Marina binti Abu Bakar, para pensyarah Politeknik Melaka dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), PMK.

Bertempat di Bilik Persidangan PMK, program Perbincangan Halatuju Jalinan Kerjasama PMK-POLBENG antara kedua-dua belah pihak telah dimulakan oleh Puan Pengarah Politeknik Melaka, dengan memperkenalkan latarbelakang PMK kepada delegasi POLBENG. Antara isu penting dalam perbincangan halatuju jalinan kerjasama diantara kedua-dua pihak ini adalah berkaitan memperkukuhkan program-program latihan staf dan pendidikan di kalangan pelajar. Aktiviti-aktiviti lain yang turut diberi perhatian adalah berkaitan program yang melibatkan pensyarah seperti penyelidikan bersama oleh kedua-dua pihak, pembentangna penyelidikan, kursus-kursus yang memberi impak positif kepada PMK dan POLBENG serta program pertukaran penceramah jemputan. Untuk program yang melibatkan pelajar pula, aktiviti-aktiviti yang dibincangkan  adalah berkaitan peningkatan kemahiran penggunaan bahasa inggeris dan peningkatan kemahiran-kemahiran "hands-on" yang lain.

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), yang terdiri dari 10 orang wakil pelajar dari Politeknik Melaka juga telah berpeluang memberi pendedahan berkaitan aktiviti pelajar yang dilaksanakan di PMK. Pelajar dari POLBENG juga diberi peluang untuk memberi pendapat atau bertanyakan sesuatuberkaitan perlaksanaan system P&P dan aktiviti pelajar di PMK melalui satu sesi dialog yang diadakan oleh MPP di Dewan Serbaguna (DSG), PMK.

Program Perbincangan Ke Arah Kolaborasi PMK-POLBENG ini di akhiri dengan sesi menandatangani Sijil Jalinan Kerjasama diantara kedua-dua belah pihak oleh Pengarah Politeknik Melaka, Puan Hajah Rashidah binti Mustapa dan Timbalan Rektor Politeknik Bengkalis, Bapak Alfansuri.

0 Comment for "Bersiaran Langsung Dari Studio MELAKAfm - Portal Rasmi Politeknik Melaka"