Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN - Politeknik Ungku Omar

Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN - Politeknik Ungku Omar


Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN - Politeknik Ungku Omar

Posted: 10 Nov 2015 09:05 AM PST

Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN - Politeknik Ungku Omar


Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN

Posted: 02 Sep 2015 12:00 AM PDT

PENGENALAN

 
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK "GREEN CAMPUS FOR SUSTAINABLE LIVING" BERSEMPENA DENGAN POLYGREEN POLITEKNIK MALAYSIA

Pertandingan Video Pendek"Green Campus for Sustainable Living" bersempena 'POLYGreen POLITEKNIK MALAYSIA' peringkat Politeknik Ungku Omar merupakan pertandingan dan perkongsian ilmu yang dianjurkan bagi meningkatkan penyebaran maklumat di kalangan warga Politeknik Ungku Omar terutama pelajar berkaitan kampus lestari. Program ini juga adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga PUO dalam pembangunan kampus lestari untuk masa depan dan alam sekitar yang mampan.






Proses pembangunan dan penjagaan alam sekitar yang mampan merupakan aspek yang sangat penting supaya kehijauan alam dapat dikekalkan untuk generasi akan datang. Flora dan fauna merupakan aset terpenting sebagai sumber kepelbagaian biodiversiti yang menjadi tunjang kepada alam sekitar. Sikap masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata, pembuangan sisa toksik serta lain-lain aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar akan terus menjadi barah ke arah negara mampan.

Berikut ialah maklumat ringkas tentang pertandingan. 

Tarikh Mula  :  2 September 2015

Tarikh Tamat  :  20 September 2015 (Sebelum jam 12.00 tengah malam) 

Penyertaan  :  Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan PUO


Objektif: 

  1. Menggalakkan budaya memelihara dan memulihara kampus hijau di kalangan warga Politeknik Ungku Omar. 
  2. Mencungkil kreativiti pelajar dan warga kampus dalam penghasilan video pendek berasaskan kampus lestari.
  3. Menggalakkan proses perkongsian dan penyebaran maklumat di seluruh warga PUO khasnya dan masyarakat luar khususnya.
0 Comment for "Green Campus For Sustainable Living: PENGENALAN - Politeknik Ungku Omar"