27 Mac 2015(Jumaat), SK Pulau Rusa, Pekan, Pahang- Politeknik Melaka telah melaksanakan bantuan banjir kepada Sekolah kebangsaan Pulau Rusa, Pekan Pahang. Misi bantuan pasca banjir ini adalah sebagai sahutan Program 1 Politeknik 1 Sekolah, dimana Politeknik Melaka melalui Jabatan Pendidikan Politeknik telah diamanahkan untuk membantu sekolah tersebut melalui pengaliran elemen-elemen kejuruteraan dan insaniah. Misi bantuan kali ini telah melibatkan seramai 32 pelajar dan 8 orang staf Politeknik Melaka. Buat julung kalinya Politeknik Melaka telah melaksanakan program bantuan pasca banjir dianggotai oleh pelajar dari badan berunifom, iaitu Jabatan pertahanan Awam (JPAM) dan Briged RELA Siswa-Siswi (RELASIS).


Ianya bertujuan menyediakan asas pembangunan diri pasukan berunifom tersebut. Kejayaan misi pada kali ini adalah hasil gabungan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEEP), Bahagian kesukarelawanan, Unit Belia dan Sukan, Unit Kauseling dan Kerjaya , Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka.





Misi ini akan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun 2015. Berteraskan kerja kesukarelawanan demi untuk menghulur bantuan kepada Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa, bantuan adalah seperti kerja mengecat, pembersihan dan sesi kaunseling dan motivasi kepada pelajar, dimana ianya berjaya menyuntik semangat mereka untuk bangun, berusaha dan berjaya.




Menurut Puan Ati Arini Binti Salim selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar, program bantuan seumpama ini wajar diteruskan demi menaikkan semangat kesukarelawanan dikalangan generasi muda. Semangat ini harus digembur demi membudayakan kerja kesukarelawan kepada warga Politeknik Melaka dan masyarakat.




Program seumpama ini sewajarnya akan memberi impak secara langsung terhadap pembentukan jati diri para sukarelawan yang terlibat. Nilai bantuan yag diberikan kepada SK Pulau Rusa tidak boleh dinilai dengan menggunakan wang ringgit, tetapi kesungguhan para sukarelawan menyumbang masa dan tenaga demi kebangkitan warga SK Pulau Rusa bagi menjalani kehidupan seperti biasa.























0 Comment for "Lawatan Akademik Ke Pkt Logistics Group Shah Alam - Portal ... - Politeknik Melaka"