Pensyarah <b>Politeknik</b> Berbasikal Selama 16 Bulan, Kini <b>Di</b> China <b>...</b> - Politeknik Malaysia |
Pensyarah <b>Politeknik</b> Berbasikal Selama 16 Bulan, Kini <b>Di</b> China <b>...</b> Posted: 08 Nov 2015 03:15 AM PST BEIJING: Diinspirasikan daripada pengembaraan penunggang basikal yang lain, seorang pensyarah Politeknik Kuching Sofian Mohamad nekad memulakan ekspedisinya menjelajah dunia dengan basikal. Pada Ogos, pensyarah berusia 55 tahun ini memulakan kayuhan melalui Thailand dengan beberapa rakan selepas bertolak dari Kuala Terengganu dan memasuki Laos. Sofian tiba di China selepas 16 bulan perjalanan. "Saya didorong dengan minat dan kepercayaan. Apabila saya keletihan, saya berhenti berehat seketika dan menikmati air teh panas dan mengambil gambar. "Saya ketawa, menyanyi dan menangis semasa berbasikal. Akhirnya saya kembali sedar," kata bapa kepada dua anak dalam temubual melalui e-mel. Persiapan Sofian bermula pada Januari tahun lepas, selepas memohon cuti kepada majikannya, Jabatan Pendidikan Politeknik. Sofian terlibat dalam pertandingan berbasikal dan acara berbasikal jarak jauh untuk membina kekuatan staminanya. Selepas memasuki China melalui sempadan Laos-China, Sofian ke wilayah Yunnan dan Guangdong. Dia memanjangkan tempoh visanya di Hong Kong dan meneruskan pengembaraannya ke Chengdu di wilayah Sichuan. Walaupun masalah bahasa menjadi penghalang, namun kedatangan Sofian disambut baik penduduk tempatan dan penunggang basikal yang lain. Salah satu kejadian pada hari pertama tiba di China, selepas kehabisan bekalan makanan dan minuman, dia berhenti rehat di tepi jalan kira-kira 70 kilometer dari sempadan Laos-China. "Tiba-tiba saya terdengar seseorang sedang berjalan dari belakang dan orang itu ialah seorang pegawai polis. Selepas perbualan ayam dan itik, polis itu tolong saya isi semula bekalan minuman saya dan bertanyakan jika saya ada duit yang secukupnya untuk makan di bandar nanti. "Polis itu bawa saya ke rumah berdekatan dan saya ditawarkan minuman oleh pemilik rumah. Saya berjanji akan menghubunginya setelah tiba di Kunming," katanya. Katanya lagi, penduduk tempatan sangat membantu dan membuatkan perjalanan berbasikal di China sangat menyeronokkan. "Mereka juga bantu saya dengan menunjukkan jalan dan tempat untuk saya tidur dan makan" tambahnya lagi. Sasaran Sofian dalam sehari ialah 80 kilometer dengan mengekalkan rentak perlahan dengan basikalnya. Sofian tidur di hotel bajet dan kekal berhubung dengan rakan dan keluarga melalui Internet. Sofian berkata usahanya ini bukanlah untuk cuba memecahkan mana-mana rekod tetapi untuk menggalakkan gaya hidup sihat. "Kepada rakyat Malaysia, kecapi impian anda dan hargai budaya kita. Untuk penunggang basikal, saya harap pengembaraan saya akan beri inspirasi untuk teruskan pengembaraan berbasikal jarak jauh di Malaysia," katanya. Sofian berharap untuk berbasikal sepanjang Laluan Sutera ke Eropah sebelum pulang ke Asia. Dia turut merancang untuk mengakhiri pengembaraannya di Sarawak dan pulang ke Terengganu.-mstar Comments |
You are subscribed to email updates from politeknik di malaysia - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 Comment for "Pensyarah Politeknik Berbasikal Selama 16 Bulan, Kini Di China ... - Politeknik Malaysia"