Kemahiran Insaniah | Jurnal Atikan - Politeknik Kota Bharu Kelantan

Kemahiran Insaniah | Jurnal Atikan - Politeknik Kota Bharu Kelantan


Kemahiran Insaniah | Jurnal Atikan - Politeknik Kota Bharu Kelantan

Posted: 26 Dec 2013 09:23 AM PST

Kemahiran Insaniah | Jurnal Atikan - Politeknik Kota Bharu Kelantan


Kemahiran Insaniah | Jurnal Atikan

Posted: 19 Dec 2013 11:33 PM PST

Posted by Administrator on December 20th, 2013. Filed in Latest Edition,Vol 3 (2) Desember 2013.

AHMAD ESA, SUHAILI PADIL & ASRI SELAMAT

Kemahiran Insaniah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran pada Program Kejuruteraan di Politeknik Malaysia

IKHTISAR: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan bagi pelajar kejuruteraan awam, elektrik, dan mekanikal di Politeknik Port Dickson (PPD) Negeri Sembilan, Politeknik Kota Bharu (PKB) Kelantan, dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Pahang. Kajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan, yang melibatkan sampel seramai 297 orang pelajar dan 143 orang pensyarah dari ketiga-tiga buah politeknik dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Melalui analisis skor min dan sisihan piawai, dapatan kajian mendapati bahawa tahap aplikasi kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan di politeknik berada di tahap sederhana. Didapati bahawa kemahiran etika moral dan profesional merupakan elemen kemahiran insaniah yang paling banyak diaplikasikan dalam kurikulum program kejuruteraan. Berdasarkan ujian ANOVA sehala, terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran insaniah sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran di politeknik dengan program kejuruteraan yang diajar oleh pensyarah. Kajian ini mencadangkan satu garis panduan dalam mengaplikasikan kemahiran insaniahi dalam kurikulum program kejuruteraan di politeknik-politeknik di Malaysia.

KATA KUNCI: Kemahiran insaniah, proses pengajaran dan pembelajaran, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan politeknik.

ABSTRACT: This paper entitled "Soft Skills in Teaching and Learning Process at the Engineering Program in Polytechnic of Malaysia". This study was conducted to identify the level of soft skills apply in engineering programmes' curriculum for civil, electric, and mechanical engineering students in Polytechnic of Port Dickson (PPD) Negeri Sembilan, Polytechnic of Kota Bharu (PKB) Kelantan, and Polytechnic of Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Pahang. By using descriptive survey, the samples for this study involving 297 numbers of students from the selected polytechnic using questionnaire and interview. Researcher found that there is moderate level of soft skills applied in engineering programmes' curriculum by using analysis of mean and standard deviation. Professional and moral etiquette skills is the highest soft skills element that being applied in engineering programmes' curriculum. By using the one way ANOVA test, there is statistically significantly difference between the levels of soft skills applied in engineering programmes' curriculum during teaching and learning process in polytechnic and the type of engineering programmes being taught. Researcher suggested a guideline or module being constructed for lecturers to increase the application of soft skills in engineering programmes curriculum in polytechnics of Malaysia.

KEY WORD: Soft skills, teaching and learning process, civil engineering, mechanical engineering, electrical engineering, and polytechnic.

About the Authors:

ahmad.esa.mysuhaili.padil.myasri.selamat.my

Prof. Madya Dr. Ahmad Esa, Suhaili Padil, dan Prof. Madya Dr. Asri Selamat ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: susuhaila2003@yahoo.co.uk

Full text in PDF (not available yet)

How to cite this article? Esa, Ahmad, Suhaili Padil & Asri Selamat. (2013). "Kemahiran Insaniah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran pada Program Kejuruteraan di Politeknik Malaysia" in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.3(2) Desember. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UNSUR Cianjur, pp.

Article timeline: Submitted (July 17, 2013); Revised (August 7, 2013); and Published (December 20, 2013).

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri <b>Politeknik</b> Banting <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2013 03:02 AM PST

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Banting Selangor

Posted: 22 Dec 2013 03:29 AM PST

Hear this article

Pada 31Oktober 2013 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri di Politeknik Banting Selangor (PBS) dan merupakan kali kedua diadakan pada tahun ini. Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan ialah membincangkan halatuju strategik PBS yang merangkumi perkembangan secara holistik dan komprehensif. Mesyuarat ini juga menyentuh penglibatan badan-badan professional yang relevan dalam usaha memupuk jaringan yang lebih erat dengan institusi sebagai salah satu inisiatif mempromosi dan menjenama institusi tersebut.

Pihak PBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Penasihat Industri yang telah melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini.

Lawatan Pelajar Jabatan Penyenggaraan Pesawat Ke Muzium TUDM

Posted: 24 Sep 2013 12:21 AM PDT

Hear this article

 

Pada 15 Ogos 2013 yang lepas, Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP), Politeknik Banting Selangor (PBS) telah mengadakan lawatan akademik ke Muzium TUDM Kuala Lumpur, Sungai Besi yang diketuai oleh Cik Norisza Dalila Binti Ismail. Seramai 6 orang pensyarah dan 27 orang pelajar semester 3 dari JPP menyertai lawatan ini.

Muzium TUDM ini dibuka pada tahun 1985 dengan menempatkan hanya lima buah pesawat di dalam satu hangar sebagai pameran kepada orang awam. Walaubagaimanapun, sejajar dengan perkembangan masa, Muzium TUDM kini telah melebarkan sayapnya dengan menempatkan 24 buah pesawat dan helikopter untuk tatapan pengunjung.

           Sesungguhnya, dengan adanya Muzium ini, para pelajar dari JPP dapat meluaskan pengetahuan mereka dalam mengenali sejarah dan jasa setiap pesawat di muzium tersebut.

 

Kursus Asas Paramotor Di PBS

Posted: 16 Sep 2013 06:11 PM PDT

Hear this article

 

 

Kursus Asas Paramotor yang julung-julung kalinya dianjurkan di Politeknik Banting merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh pelajar di bawah kelolaan Kelab Jabatan Penyenggaraan Pesawat. Program ini dikendalikan oleh Kolonel (B) Basir Bin H. Abd Rahman yang berpengalaman dalam menjadi juri serta wakil Malaysia dalam kejohanan dunia paramotor di seluruh dunia. Kursus ini telah menarik penyertaan seramai 47 peserta melibatkan 40 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat dan 7 orang pensyarah PBS. Program yang dijalankan ini melibatkan dua fasa iaitu teori dan praktikal paramotor.

Di dalam kelas teori yang diadakan selama 3 hari, pelajar telah didedahkan kepada beberapa topik seperti Theory of Flight, Aviation Law, Weather, Ground and Flight Safety, Airmanship dan Part of Paramotor. Peserta juga didedahkan dengan latihan praktikal yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu latihan pengembangan payung (kiting) dan pengembaraan menaiki trike. Dalam latihan pengembangan payung, peserta dilatih untuk mengembangkan payung tanpa enjin iaitu dengan mengimbangi payung. Selain itu, peserta juga diajar secara mendalam berkaitan bahagian payung, cara ikatan tali payung, cara mengawal tali payung, jenis tali yang terdapat pada payung, cara lipatan payung dan keselamatan ketika mengendalikan payung. Didapati faktor angin banyak memainkan peranan penting dalam mengembangkan payung.

Program Kursus Asas Paramotor dilihat telah berjaya mencapai objektifnya di mana memberi banyak manfaat kepada pelajar. Bagi Pengarah Politeknik Banting Selangor, Tn Hj. Zulkifli Bin Md. Salleh, melalui program seperti ini pelajar dapat mempelajari kemahiran kepimpinan serta bebolehan dalam menguruskan program. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan teori bagi kursus Basic Aerodynamic, Propeller dan Aircraft Structure yang berkait rapat dengan Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat. Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar dengan enjin, payung serta kipas paramotor yang hampir sama dengan asas penerbangan kapal terbang. Ini sekali gus memberi peluang kepada pelajar untuk memahami apa yang mereka belajar di dalam kelas dan bengkel sekaligus meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

0 Comment for "Kemahiran Insaniah | Jurnal Atikan - Politeknik Kota Bharu Kelantan"